WARMACHINE - Keinginan baru..

Aku ialah the only line up atau lebih senang aku katakan one men band bernama WARMACHINE yang aku putuskan untuk dijadikan "medium" untuk aku bermusic selepas aku frust bersama band terdahulu seperti Spitcontra sekitar 1999 - 2004 dan Dawn of Eternity yang aku tubuhkan dikalangan kawan2 sekelas ketika menuntut di UiTM Shah Alam pada 2004 - 2006 dahulu.

Secara tepatnya Warmachine melalui proses penciptaan lagu pertama nya pada 2006 apabila aku mula menulis lagu sendiri bertajuk Endless Sacrifice yang lebih menjurus kepada Old Skool Death Metal. Walaupun aku mendengar segala jenisan music tetapi hakikatnya dalam music berat apa yang aku cukup taksub dan minati ialah lagu2 yang iramanya boleh bikin rasa nak headbang atau kalau malu2 dan sopan boleh bikin kaki rasa nak hentak umpama hentam pedal drum. kahkah..Dan dari berevolusi dari situ aku menggabungkan pendengaran aku kedalam lagu2 ciptaan aku untuk Warmachine.

Sebenarnya aku ingin sekali melahirkan album solo dan sekali lagu kerana taksubnya aku pada idola music berat aku iaitu Max Cavalera, aku telah memutuskan untuk berkolabrasi bersama beberapa musician dari kalangan kawan2 aku sendiri yang mengenali aku secara zahir dan juga dari kenalan intenet yang haram aku x pernah jumpa. Bagi pemuzik2 amatur ini, agak mudah untuk aku berkolabrasi namun lagu2 aku banyak tertangguh apabila beberapa guest vocalist agak lengai dalam komitmen menyumbangkan suara dalam lagu2 yang telah aku berikan kepada mereka untuk dimasukkan track vocal mereka. Perkara ini telah menyebabkan proses menyiapkan album ini tertangguh dalam jangkamasa setahun. Ok itu tak termasuk 2 kali aku rakam semula semua lagu2 aku akibat komputer aku jahanam yang memaksa aku melabur sekitar RM2500 untuk komputer baru.

Terkini aku terfikir yang aku ingin sekali mencuba berkolabrasi bersama vocalist2 band baru yang banyak dipandang tidak trOo oleh segelintir orang2 lama yang perasan hebat dan tidak tahu apa itu music. Kahkah peduli apa aku nk keluar statement macam ni.. Aku perhatikan beberapa band yang bagus dan masih muda dan terdetik rasa ingin mengajak Firdaus dari Daarchlea, Hanif dari Dicktracy dan barangkali vocalist2 dari band dari The Padangs, I, Revival yang banyak di pangkah oleh hero scene wannabe. Kahkah.. Betul ini yang aku rasa.. Seakan serik bila aku cuba berkolabrasi bersama vocalist2 band yang bermain music extreme  apabila hajat aku tidak kesampaian dek kerana mereka. kahkah..

Ok, malas cakap banyak.. akan di update lagi dan harap sangat akan apa yang aku simpan ini akan dapat di tangan anda dalam format CD barangkali.. nah.. draft apa yang aku dah siap.. dengarkan...

SILA ABAIKAN TARIKH RILIS..
so kamu tahu betapa seksanya menunggu track2 dari guest vocalist..


aku dah jadi bapak..




ok.. aku dah jadi bapak..