MID YEAR TOUR (tour kenduri..hehe)

bulan 6 ni dr awal bulan aku start tour kenduri every weekend.. penat yarabi x yah cakap..

actually sepatutnya 5hb 6 aku ke kedah kenduri keyboardist bandmates aku Everlasting Tales/Gotikajiwalara iaitu fharees di kulim kedah.. tetapi kerana malam hari sebelom hari kenduri tu aku kena wat installation utk job freelances aku di Ole2 so aku awal2 dh kanselkan niat ke Kedah.. sori fharees, nanti kami ganti dgn aktiviti makan2 ya..

by the way ni gambar fharees dgn isterinya..


















yg btolnya pada 6hb nya iaitu keesokkan harinya (ahad) ialah hari housemate aku kawen di Sabak Bernam. dan dari umah aku kami naik 4 bijik kete ke sana.. bunyi nya mcm dekat je dlm selangor jugak tp penat perjalanan tuhan saja yg tau.. tambah2 aku yg jd driver.. ini aku selitkan gambar housemate aku iaitu Azarudin dan isterinya Nadia..
















next week nya 13hb iaitu pada hari ahad aku ke Kuala Lipis Pahang pulak.. ini kenduri classmate aku iaitu Norfadilah atau panggilannya Pedy.alkisah 3 bijik kete nk pegi dan last minit 1 kete kansel dan 2bijik kete ni hanya aku sorang jek lelaki.. perghhh.. tp kerana si pedy ni antara kawan yg byk tolong dan kongsi ilmu semasa aku degree sebelom ni so aku gagahkan jugak ke majlis kendurinya.. perkara paling x best ialah aku xsempat bergambar kenangan dgn pengantin kerana dok sibok setel problem tayar kete sangkut kt tanah merah.. parah wooo... so ini gambar Pedy dan suaminya Syafiq.. (yg kat blkg tu tumpang menyelit..)


















balik dr pahang aku terlelap sbb penat jd driver.. sedar2 esok pagi.. hehe..


ok 19hb plak aku ke Batu Pahat Johor.. kali ni bukan sebagai driver.. ini kenduri kawan aku ejan.. otai printing senior atas 1 sem aku.. memang sorok awek mamat ni.. ni la 1st time aku tgk awek dia sampai la dh jd bini baru dia tayang.. haha.. ok nk sembang panjang lebar pon aku xlarat sbb penat.. ni esoknya ada last kenduri kt banting plak.. ok, ini gambar ejan dan isterinya ida..























kepada kawan2 yg bertukar status dr bujang kepada SUAMI orang atau ISTERI orang tu, aku doakan semoga bahagia ke akhir hayat.. Amin..

* tetiba rasa gatai nak kawen jugak.. ;p