Tadi dan mungkin lepas ni...

Tadi gua tido awal.. terlelap sebenarnya.. gua pun xtau pukol brapa gua terlelap. yang pasti gua tengah dengar lagu pastu gua baring2. Sedar2 dah pukol 2.49am.

Dikala gua xbleh lelap ni, gua on pc bukak internet (padahal slow nak mampos servis broadband ni - malas sebut kompeni apa) dan gua sebenarnya dah 4-5 hari dok baca pasal Sham Kamikaze, Bob Lokman dan juga tadi ni baca pasal Megat Hafiz ataupun megat magskin. Persamaan ketiga2 mereka ini ialah mereka terlibat dalam dunia seni.

Err sebenarnya gua pun sangat sukakan seni music serta seni itu sendiri tak kira sejarah seni atau apa2 sebab gua memang graduated Art & Design. Ok balik kepada 3 nama diatas, gua highlight pada Sham kamikaze dan megat magskin. Dalam pembacaan gua mereka ini antara orang seni yang telah insaf. mereka juga telah kembali ke landasan sebenar iaitu ke jalan Allah. Kalau ikut zaman muda depa, memang tunggang langgang. Dunia seni kalau iman x kuat memang jahanam. Serius gua cakap.

Ok, dalam dok baca pasal depa, gua ada terpikir. Gua nanti macam mana la plak ya? Adakah gua akan berserban seperti mereka? Emmm gua pon xpasti apa jawapan yang gua nak jawap. Mungkin lah (gua rasa) gua susah nak buang music dari jiwa gua. Ada jugak kawan gua yang dulu 1 band dgn gua sekarang ni Alhamdulilah dah insaf dan jadi antara orang2 Islam yang pernah berebat dengan penganut agama2 lain di temple2 dan crunch. Alhamdulilah. Even mamat ni profesionnya masih bersangkut paut dengan music. Ok, berbalik kepada gua, gua rasa gua mungkin pasni akan sedikit kurang "metal" dalam diri gua. "Jalan" gua dah nampak. Tapi nk kikis music dari idup umpama nak berenti minum nescafe ais dalam rutin pemakanan harian.

Mungkin kerana kawan2 yang dah stop main music keras beralih kepada instrument, tapi oleh kerana 1st time gua serius main music sebagai vocalist band metal, so gua rasa paling berat pon pasni gua akan still nyanyi dan bikin music seperti video klip dibawah sahaja..


p/s - satu lagi gua memang minat sama Dr Sam