insiden2 sebelom sah jadi laki orang..

ok ni gua nak crita skit.. cerita pasal cerita nikah kawen gua. gua nikah pada 18/11 lepas kira2 jam 3.45pm. upacara tu dilakukan selepas semayang jumaat. so ni kronlogi peristiwa pada hari tersebut.

10.00am
Rombongan pihak gua datang berkumpol di rumah gua kat kampong. 3 bijik kereta jek (nak banyak2 wat apa? bukan nk racing pun..) pastu bapak gua wat sedikit baca doa selamat untuk majlis pas jemaat kang. pastu bertolak kira2 jam 11.30am.

12.40pm
Sampai. pakat lepak homestay dan rombongan berjantina lelaki ke masjid. gua x bawa kete dan tumpang pak menakan gua punya kete. sampai masjid dgr khutbah dan semayang jemaat.

2.15pm
Keluar dari masjid selepas solat. Oleh kerana 1st time semayang situ so kitorg silap parking dan terpaksa drive ke depan sebelom nk belok kanan utk pusing patah balik utk kembali ke homestay. Tiba2....... satu motor sudah langgar bumper depan Alza pak menakan gua. Mamat tu lost kontrol sebab terlalu laju dan motor dia masuk longkang. di tgh2 longkang plak ada 1 btg paip. maka motor dia stuck dan terpusing tayar keatas bila sangkut kt btg paip tu. camana motor tu terpusing 360 darjah maka sama juga si rider tu somersault. Gua tgk sendiri camana mamat tu slow2 jatuh dlm longkang. tobat susah nk bernafas sbb dada dia kena penghujung longkang. kalau kena muka memang arwah terus. dan kami pon stuck di tempat kejadian sampai polis dan ambulan sampai. gua tipon bakal bini gua bgtau keadaan yg terjadi. Dari cerita driver kete belakang gua, mamat rider ni potong kete blkg dia dan kete dia n at same time kete kitorg masuk simpang ke kanan. So kerana kelajuan yg tinggi so rider tu xleh kontrol dan langgar kete pak menakan gua tu. Haiii wa rasa kopak gak dlm 2K pak menakan gua nk repair kete dia. Masa bergerak dan gua pon mati kutu sejenak. Tiba2 fon gua berbunyi. ada kawan dtg nk tgk majlis akad nikah gua. so, gua bg direction suruh amik gua dan bapak gua. Alhamdulilah kawan gua sampai dan tolong kitorg ke homestay manakala pak menakan gua kena gi balai buat report. rider tu last wa tgk ambulan bawak pi spital. motor dia bau longkang.

ok tu jek wa sebenarnya cuma nk cite insiden tu. dah la gua ketaq nk ngadap tok kadi, dia tambah lagi ketaq dgn eksiden sempoi punya dok mai. ok, segala2 setel dan gua sah jadi laki org selepas tu. gua pon xtau kawan gua akan terbaca cerita ni atau x, tapi gua sangat berterima kaseh pada dia.

kawan gua yg tolong tu. black n white kata maikel jeksen (arwah)

bawah ni plak gambar gua muah dahi bini gua. 

sila jeles secukop rasa..

Dah jadi laki org pun gua masih dengar music metal. hahaha..


1 lagi kalau nak khidmat photographer utk kawen gua betol2 rekomen mamat ni Azzaharry Othman sebab tahap profesionalisme beliau yang sungguh bagus. gua pon xkenal mamat ni, bini gua yg select mamat nih. 2 hari dia punya keje dari majlis akad nikah, malam berinai, hari kenduri sebelah pompuan sampai ke sesi fotografi outdoor mamat ni bg komitmen yg terbaek sampai tertido dalam kete. dan mamat ni memang nice dan lawak.

Ok setakat tu dulu.