DEATH & DEAD....

aku bukan nk bercakap pasal kematian..
tapi cuma nk berkongsi cerita berkenaan minat aku sebagai seorang collector..

actually aku baru jek mendapatkan kembali album2 lama sekitar awal 90an dulu dikala aku belom lagi amik PMR.. haha.. album Silent Death bertajok Before The Sunrise dan Brain Dead iaitu From The Ecstacy yg dulu nya di beli bergilir2 oleh aku dan 3-4 org kawan.. dulu nak beli kaset original rm13.90 kira kena ikat perut jugak la.. bbdk skrg semua main donlod jek.. x best btol!!! haha.. teringat plak zaman ko beli kaset Dark Live Collection, aku beli kaset Infectious Maggots, sorang lg beli kaset Intrusion of Dark Journey.. pastu pinjam2 lama2 terus hilang ntah kemana.. haha..


untuk anda yg membaca coretan aku ni aku ingin memaklumkan bahawa sebuah label di Sarawak iaitu Eastern Voice Production telah meriliskan semua kedua2 album ini didalam format compact disc atau panggilan singkatnya CD.. 

















Apa pon cd Before The Sunrise aku beli direct from vokalistnya.. manakala cd From The ecstacy baru dapat jek dr EVP.. kedua2 band ini pernah muncol dalam 1 split album bertajok Death & Dead dimana split album ini mengundang berbagai perkara yg agak x best didengar berkenaan label yg merilisnya dulu iaitu Dark Journey Records.. dan pada 6hb 11 nanti kedua2 band akan berkongsi stage sekali lagi (dulu Dark Journey Records ada rilis video VHS, sapa ada video tu habaq mai.. aku convert jd cd pon takpa kot..) bersama band2 lama jugak.. Suffercation, Cattarh (aku punya kaset EP depa Wine of Inamria hilang..) dan beberapa band lagi..











































ermmm apa2 pon zaman 90an dulu lagu paling berhantu yg paling aku suka ialah Life Form dr Nemesis.. aisehhh pak aru xmau reform ka Nemesis???????

Au Revoir - Su'ul Khatimah (2010)

baru2 ni aku ada beli cd + tee dr mastermind Au Revoir iaitu Rammy..
ini kali ke2 aku beli cd Au Revoir setelah kali pertama iaitu dr album pertama yg bertajok Keys of Misery..
dan baru2 ni aku terhajat nk beli mini album terbaru diorg yg bertajok Su'ul Khatimah.
























1st time aku just terbaca dalam blog faithcraft (kalau xsilap la..) yg rammy macam nk stop seketika au revoir setelah rilis 1st album tahun lepas, tapi idea dtg mencanak.. lantas aku pon pi la ke myspace au revoir.. ya, seriusly aku terpikat dgn lagu The Games Girls Play.. yes aku memang suka rentak2 style nih..


ok2, mini album ni mengandungi 6 buah lagu dan salah 1 dr nya ialah instrumental. berikut aku list kan lelagu dlm mini album ni..


1 - Disqualified To Be Human
2 - The Life I Choose
3 - The Devil I Called Father
4 - A Love To Kill
5 - The Games Girls Play
6 - Hanzar (instrumental)


untuk mini album ni aku rasa tepat sekali rammy melabelkan music au revoir sebagai speed rock!!! bagi aku ini percubaan berani rammy dan tukang solo nya iaitu Yem untuk merakamkan lagu2 yg bagi aku tunjangnya ialah irama2 old skool!!! melodi2 yg dihasilkan mudah melekat di kepala otak.. maksud aku song melodi ya..
dari segi sound pulak aku rasa mini album ni sedikit kurang umphh dr album Key of Misery.. mungkin jugak ia nya dirakam dgn tergopoh gapah kerana aku ada terbaca lagu2 mini album ni majoriti nya dihasilkan dalam masa terhad.. iaitu dirakam setelah beberapa ketika dapat idea.. malah menurut rammy yg bgtau aku lagu The Games Girls Play tu dihasilkan dlm masa 1jam saja (bukan rekod 1jam tapi penulisan lagu tu..)


Walau bagaimana pon aku dapat rasa kan bahawa mini album ni masih ada kelebihannya dimana certain lagu lebih baik penulisannya dr lelagu dr album Key of Misery.. aku nampak kematangan dr segi susunan dan penyampaian vokal untuk mini album ni kalau compare dgn rilisan2 sebelom ni..


untuk mendapatkan album ni atau rilisan2 terdahulu, anda boleh menjengah ke blog Faithcraft production milik rammy..



aku harap pasni rammy, yem dan au revoir akan menghasilkan material2 yg lebih bagus dan kualiti rakaman yg lebih sempoi di masa hadapan..