bawa bertenang...

stone : rilek beb, gua tau lu sekarang dalam tekanan..
men  : ya.. kadang2 gua tgk org gila idop nya lagi happy..
stone : itu org gila beb..
men : ya.. memang dah sah syurga tempat nya.. kita ni?
stone : gua faham lu beb.. maybe org lain x faham.. tapi gua faham..
men : memang lah dah kita orang yg sama..























 terima kaseh kerana membaca dialog time gua tgh biol skit skrg nih..

10 PETANDA DIA JODOH KITA

aku jumpa benda ni.. aku baca dan kasi kongsi sama sapa yg terbaca di blog aku nih..

GUNAKAN SELURUH PANCAINDERA
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

BERSAHAJA
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

SENANG BERSAMA
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

TERIMA DIA SEADANYA
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

SENTIASA JUJUR
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

PERCAYA MEMPERCAYAI
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

SENANG BEKERJASAMA
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

MEMAHAMI DIRI KITA
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

TAMPILKAN KELEMAHAN DIRI
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 

KATA HATI
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

MIMPI
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

menulis dari otak secara langsung tanpa sebarang edit

aku rasa macam nak gila.. rasa kepala nak pecah.. tekanan kiri kanan atas bawah.. aku rasa macam nak blah jek dari malaysia.. aku rasa nak dok negara lain.. rasa nak jadi seorang ustaz.. atau pon jadi makhlok lain yg tinggal di marikh, pluto.. jadi max cavalera pon susah.. tambahan nak jadi ozzy!!! aku rasa nak jadi angkasawan.. rasa nak jadi sedikit gila.. tetiba teringan 6 bulan sebelom umor cecah 20tahon aku alami tekanan yang sangat berat.. aku rasa aku kena blah dari sini.. aku benci sekeliling aku..

ada lambaian..

tadi aku rasa nak ke bulan..
paling jauh kalau x sampai mungkin ke oversea pon jadi la..
terasa ada lambaian..

semalam aku terasa kenangan lama..
bahgia dulu..
bukan di sini..
mungkin kena start semula..

jauh dari belukar...

* music Voyage pon x bleh ubat wooo...

Burzum - Belus (2010)


ini adalah sebuah album baru yg tembus di internet.. hehe..























penantian yg agak lama setelah Varg dipenjarakan kerana di cop sebagai pembakar gereja dan pembunoh.. haha.. (sila cari sendiri cerita pasal mamat ni di intenet) firstly aku dapat berita bahawa album ni akan rilis bulan ni iaitu sekitar ujong 2009 dulu.. memang dok tunggu camana plak music terbaru Burzum nih..
boleh dikatakan sudah masok hari ke3 aku dok layan lelagu album nih..
err, ni aku kasi tracklist..

1. Leukes Renkespill (Introduksjon) 00:32
2. Belus' Doed 06:13
3. Glemselens Elv 11:36
4. Kaimadalthas' Nedstigning 06:31
5. Sverddans 02:23
6. Keliohesten 05:35
7. Morgenroede 08:38
8. Belus' Tilbakekomst (Konklusjon) 09:10

ermm aku x berani nk review lagi album ni sbb aku baru sgt dok layan album nih..
cuma aku bleh kata kan track 5,6 dan 7 adalah track kesukaan aku.. bagi aku, keseluruhan album ni maseh mengekalkan sound atmospheric macam album sebelom2 ni dan juga elemen old skool, raw sound menjadi trademark music black metal nih.. serius aku kata ini album yg totally xde unsor2 teknikal..sesuai dgn terma sebenar album ni iaitu BLACK METAL!!! lagi apa bleh aku katakan sebenarnya album ini bukan lah bagos sgt pon dr segi sound kerana aku dpt detect beberapa part yg varg main x tepat pon malah adunan music pon ada timbol tenggelam.. namun itulah keunikkan album nih.. haha.. aku jadikan elemen2 tu yg kasi album ni jadi unik!!!

VARG!!! hang memang gila!!!

Voyage, Sleepthief, Eluveitie..


alkisahnya aku terasa benda ni 3-4hari lepas.. setelah aku dgr kembali album Voyage 2 - The Essential World Beat Collection (2002).

 
album ni dikenalkan oleh rakan 1 dorm aku dulu masa mula2 masok UiTM time amik diploma..nama dia paen..bila aku dengar balik aku teringat zaman aku dok wat projek visual research dimana time ni dok kena wat apa2 bentuk yg dilukis tp medium nya ialah dawai.. errr aku btol2 terasa mcm aku kembali dizaman tu bila lelagu dr Enya apa semua ni berkumandang dr winamp pc aku..























aku bleh cari semula album ni setelah 2-3menjak ni kawan aku si Amin dok layan Sleepthief, 1 lagi album bersuara pompuan.. tapi mungkin aku akan terkenang kembali lelagu sleepthief ni dlm 5-6 tahun akan datang.. hehe.. 2 album Sleepthief iaitu The Dawnseeker (2006) dan Labyrinthine Heart (2009) memang dah jd koleksi aku.. tapi album Labyrinthine Heart (2009) ternyata berhantu dr The Dawnseeker.. hehe..

apa2 pon aku btol2 terasa aku kembali ke 2004 bila lelagu Sarah Brightman dr Voyage ni berkumandang.. rasa mcm bleh hafal lagu apa pas setel tiap2 track.. Enigma la, Yanni la, Era la.. haha..























dan latest sekali juga di tekan oleh Amin bila band Eluveitie yg bawa konsep folk metal ni semakin menggila!!! apa2 pon aku nampak progrez Eluveitie start dr album Evocation I The Arcane Dominion (2009).. ini antara album terbaek pilihan aku tahun lepas.. dan menjelang 2010 ni diorg rilis lg album baru bertajok Everything Remains As It Never Was (2010).. Amin siap tempah cd album ni.. fanatik gila!!! 

apa pon album baru ni juga x mengecewakan.. aku puas hati walopon 3-4hari layan versi bunyi xsedap!!!
hahaha

dan dalam music2 jenis pelik nih bleh jugak aku rekomen dgr Blackmore's Night, La Crimosa.. hahaha.. La Crimosa???

menyirap awal pagi..

tensyen bila DVD brand imation yg dibeli 10pcs semalam, 5 daripada nya failed masa aku burn artwork tadi.. so aku stop burn!!! memang panas hati sesangat!!! japgi aku nk mintak balik duet aku kt kedai bernama NELSON kt seksyen 2 tu!!!

sama rata..

haha..
aku menulis lagi.. di kala mata x leh nak lelap esok pagi nk ke kilang setelkan job seorang pakcik yg nk rilis buku nya.. susah berurusan dgn seorang tua yg x brapa faham law percetakan nih.. diminta nya sain kt mockup sebagai tanda puas hati terhadap artwork apa yg dh dibuat tetapi di edit lagi dan lagi dan lagi.. sehingga aku mis nk bercuti ke kampong time raya cina nih..

chat lagi dgn kawan lama dulu.. rakan 1 dorm ms dulu2 amik sijil.. talk about human.. perihal manusia, diri sendiri, masa depan dan masa sekarang.. hehe.. byk jugak berkongsi problem dan penyelesaian dan juga crita kehidupan.. dan apa yg berlaku sekarang.. tentang kajian dan cubaan "serang hendap" dan berbagai lagi.. hehe.. dan aku juga ceritakan apa yg aku buat skrg pada kwn lama tu.. we talk about life.. realiti.. bukan mimpi kerana time ni buat apa aku nk mimpi2 dan nk menggapai bintang2 kerana itu x mungkin dilakukan.. so, tgk aje lah..

kawan aku juga ada crita bagaimana kwn opis nya (aku boh nama Y je lah)di ayat seorang minah ni secara halus (bukan guna bomoh tp cara x nampak) start dr pancing abang dia, mak bapak dan slowly byk lg.. how she use apa yg dia ada untok mengaburi si Y ni lantas secara x sedar si Y sudah syok sama si pompuan nih.. dan 1 lg yg sedih nya si Y ni dh ada awek yg berada di cerok hulu (org kampong cerok mana aku xleh bgtau..) fuhh macam drama plak crita kwn aku ni.. akhirnya si Y kawen dgn pompuan yg dok ayat tu.. beberapa minggu lepas kwn lama aku ni terserempak dgn x-gf si Y.. dan si x-gf ni cite la yg dia dh agak semua ni bakal berlaku.. gila time kwn aku cite dlm chat tu aku rasa hiba sgt dooo.. crita selanjutnya aku malas nk tulis panjang berjela.. haha..

apa lagi nk crita? ermmm cite pasal apa yg aku dok wat skrg, aku ada dpt job2 besar yg x mampu aku nk jalan sbb memerlukan modal yg aku sendiri xdak dlm simpanan.. bukan 1 atau 2job tp 3-4 job.. xkan nk pinjam sama along kot????

ok sampai kt sini je kot.. nanti sambong lagi..

 
















* p/s - aku rasa nk tukar layout blog nih.. hehe

untuk sekian kali nya..

aku menulis lagi.. setelah baru ada masa lapang seminggu lebih..
dikala terpaksa stop operasi keje seminggu lebih kerana raya cina punya pasal..
banyak benda yg belaku.. memang byk..

1st aku ada sembang ngn kwn aku pasal kwn pompuan kami masa sama2 belajaq kira2 10tahun dulu.. camana pompuan ni lost kehidupannya kerana terlalu percaya cinta hatinya yg skrg dh jd laki org.. sanggop ikot cakap laki tu padahal realitinya logik akal mengatakan xde masa depan dia dgn laki tu.. kecuali pompuan ni ada magik.. haha.. dia sudah terjerumus.. jatuh dlm sungai.. dibawa arus sungai.. padahal awal2 lg dia patot buat titi utk seberangi sungai tu.. skrg dia perlu bimbingan.. tp hati batu!!! batu kalau rendam pasti tenggelam.. so skrg dia tenggelam.. bukan lg hanyut..

sembang2 lagi.. peribahasa dr kwn aku "besaq periuk, besaq la kerak nya.." haha.. aku terpikiaq apa maksod ayat kwn aku ni.. yes i got the point dr apa yg kami sembang tu..

cuti ni aku abiskan masa dgn merekod lelagu baru.. aku rasa disini tempat aku melepaskan nafsu aku dgn lagu dan lirik apa yg berlaku sekeliling dan dlm kehidupan aku.. sesuatu yg mungkin juga penamat.. sesuatu yg tertangguh dr aku mula main music.. boleh jadi pas rilis album solo ni aku cuci tgn jd tabligh.. sapa tau kan???

bercakap pasal realiti kehidupan.. hehe.. hentikan eksperimen idup, jgn libatkan org lain.. kesian woo.. makan diri sendiri.. aku rasa xkemana pon.. ntah la mcm melalut jek apa aku tulis nih.. aku rasa masa aku sudah tiba..

bercakap pasal khayalan.. aku ada bermimpi 1 mimpi ngeri baru2 nih.. pasal kematian.. aku yg mati.. eksiden bas.. 1 isi bas semua mati.. aku salah sorang.. tapi aku still boleh berkomunikasi dgn org2 terdekat dgn aku.. aku tanya sedara aku caman aku mati? diorg cakap badan aku terputus dua.. perghhh ngeri.. yg aku sedar last dlm mimpi tu aku memang didalam bas yg mcm rombongan ke satu tempat.. hehe.. pagi esok tu bgn tdo je aku dpt sms dr kwn aku yg dia dpt 1 idea nk menulis pasal seorg yg dibayangi kematian dimana diekori pergerakannya oleh malaikat maut.. perghhh apa kaitan mimpi aku dgn idea penulisan kwn aku tu???

dikala aku menulis ni aku ditemani irama dr HIM melalui album baru diorg tajok Screamworks Love in Theory and Practice (2010) setelah 3-4hari layan aku rasa album ni segar dr album2 sebelom.. layan jugak dan x boring.. haha.. mesti korg kata GAY kan? haha.. music ni terapi jek..
 ok, cukop lah kot.. aku rasa aku dh 6hari x tdo malam.. so, have a nice sleep.. haha

IMPIAN..

malam ni aku rasa aku bukan berangan.. aku pon xtau nape tetiba aku dapat nampak prospek business aku boleh dikembangkan ke tahap paling jauh.. aku start nampak potensi kawan2 sekeliling aku.. dan aku nampak jugak aku ni memang minat pada operation punya proses.. aku dapat rasa beberapa masalah yg aku alami perlukan pembantu.. kerana pembantu akan meringankan masalah.. sama mcm dikala kita ada problem.. kalau disimpan sorang2 bleh jd mereng.. bila kita cite kat seseorg, beban rasa kurang skit.. aku rasa masalah aku skrg perlukan org lain utk membantu.. sekurang2nya bagi pendapat.. sbb kadang2 solutionnya kita x prasan padahal very simple..

aku pikir nak buka premis.. sewa mahal xkan ada masalah kalau ada staff2 yg boleh buat keje.. aku dh list mereka2 dikalangan kwn2 sendiri ikot kelebihan diorg.. dan aku ingat lagi dh 2org kawan yg buka bznz nasihat "jgn ada 2kepala dlm bznz ko".. ooh NO!!! Print Media Enterprise aku yg punya.. aku start jadi kuli kepada diri sendiri utk kompeni aku ni.. dikala aku tulis ni aku blom ada premis cuma umah aku ni jd opis.. tapi aku ada keyakinan aku boleh cipta nama.. aku rasa sampai tahap awek aku, aku akan suruh jaga akaun kompeni sbb dia mmg basic business.. kawan2 ada yg otai multimedia, grafik.. ahhh xde masalah sebenarnya kecuali MODAl.. aku pikir loan utk business ni cepat jek aku leh langsai kalau org2 sekeliling aku iaini staff2 aku jujur dan sama2 nk naikkan kompeni..

ok lah, aku nk tdo dulu.. harap semangat ni x abis selepas aku bgn dr tdo nanti..