OUM..


actually, aku baru diterima keje di Open University Malaysia Kuala Lumpur memangku jawatan sebagai desktop publisher merangkap grafik designer di CIDT (Centre of Instructional design & Technology) OUM ni..

















ini mungkin rezeki aku dimana setelah mengalami beberapa dugaan besar dalam hidop aku baru2 nih.. sehingga aku rasa nak balik utara.. tapi apa aku boleh lawan dgn takdir tuhan.. kalau Dia dah tulis, u cant erase it..

berbalik kepada tugas aku, masok minggu ke2 ni aku blom lagi melakukan keje sbg seorg desktop publisher mahupon grafik designer sebaliknya aku di letakkan di bahagian Multimedia Programmer.. terkedu jugak aku bila start buat modul2 pembelajaran menggunakan html coding.. ini dah kira aku berada di 3 jabatan iaitu DTP (Desktop Publisher), GD (Graphic Department) dan keje aku skrg MMP (Multimedia Programmer).. naseb baek jugak dulu aku suka dok ubah layout myspace..hehe.. tp terus terang aku cakap aku cuma tau dlm 25% jek html coding apa semua nih.. so skrg just think positive sekurang2nya aku tau camana nk wat web.. 

keje skrg ni memang banyak dan ini ialah peluang kepada aku nk pulon overtime sbb OT dikira base on basic (basic aku sedap jugak la.. ) kali ni aku rasa btol2 dihargai kerana diberi gaji yg sepadan memandangkan status aku skrg maseh kontrak (semua yg start di OUM bermula as a contract staff) dan yg penting overtime berbayar.. dulu 5bulan aku keje 9am to 10pm without any pay on overtime..  memandangkan keje yg byk ni dan dateline yg agak luarbiasa utk disiapkan, aku amik ini sbg peluang utk aku btol2 kumpol duet byk2.. haha.. bunyi tamak kan? tp aku rasa seronok kali ni sbb sblom ni aku keje lebih masa tp x dibayar apa pon.. kali ni keje lebih masa tp berbaloi..

cuma skrg aku agak penat pikir kompeni yg aku bikin.. xde tukang runner delivery barang2 clients.. dan pelik jugak bila regular clients aku asyik mintak quot dan nk jalan produk itu dan ini sedangkan aku xmampu nk handle skrg.. perkara ini aku pecaya kerana dalam urusan niaga, aku bukan seorang PENIPU!!! malah ada job yg aku terpaksa tolak dgn baek kerana aku x sempat..

emmm, apa lagi ya? kalau susah mau jumpa aku tu jawapnya aku keje la even sabtu or ahad coz keje aku sdg bertimbun2.. thankz to lee of Everlasting Tales kerana tolong forward resume aku kpd bos aku skrg.. one miracle thing, hari ni intebiu esok masok keje dan aku staff OUM yg rambut agak panjang ketika 1st day masok keje.. hehe.. tp skrg dh jd normal.. kerana ini universiti, keje yg memerlukan imej yg kemas.. rambut pendek + baju kemeja + seluar slek + no kasut sport!!! hehe..