WARMACHINE

aku rasa macam nk tulis jek pasal projek solo aku ni..

setelah setahun jugak la rekoding aku terkandas kerana tiada masa, kini aku kembali gesel gitar, bikin drumtrack.. ada la 3 lirik (Pale Horizon, Regret To Hatred dan Frangipani) yang disedekahkan oleh kawan aku si Amin dan jugak aku try bikin 2 lirik melayu (Duri-Duri Ke Syurga dan 1 lagi mungkin tukar tajuk sikit hari lagi..) untuk lelagu akan datang..

aku rasa sikit terkilan dgn pc aku ni sejak pakai mobo baru dimana soundkad ayam ni jenis onboard.. jenuh aku pulun rekod.. rupanya setelah di google memang byk problem bila pakai soundkad onboard nih.. hmmm..

xpe slow2.. akan ada jugak nanti..

wat masa ni dok plan nk bantai dalam 8 lagu..
antara lelagu tajoknya adalah seperti berikut :

1 - Pale Horizon
2 - Regret To Hatred
3 - Frangipani
4 - Duri-Duri Ke Syurga
5 - malas sebut tajuk (yang pasti akan di tukar tajuk..)
6 - You Better Die!!!
7 - ?
8 - ?

mungkin ada intro dan outro .. atau tambahan 2 lagu cover.. mungkin Life Form dari Nemesis (band trash Aru muda2) dan Wasted Away dari Nailbomb.




















kalau dulu pengaruh music aku lebih kepada bolt thrower, 7th Nemesis, Deicide, Suffocation, Cannibal Corpse tapi kini pengaruh music emmm, Nile, Immortal, Meshuggah, band2 crusty dan jugak band2 yang aku sebut tadi..