1 perkara tentang kotaraya..

ini adalah apa yg aku nampak.. kotaraya.. haha, kerana aku asal budak kampong..

ujong 2003 aku telah ke kawasan bandar utk smbg blajar.. dan hingga hari ni aku keje bermakna dh 6 tahun setengah lebih kurang aku di bandar.. berbalik ayat atas tu yg aku maklomkan aku budak kampong ialah aku dapat nampak perbezaan antara 1 perkara antara kampong dan bandar..

aku pelik kenapa di bandar seperti 1 law plak kita x bleh masok campor hal orang? padahal jika org itu kenalan kita skalipon malah jiran skalipon, kita macam xleh tegur jika dia melakukan kesalahan even kesalahan itu menyalahi agama. contoh jiran sebelah umah bawak pompuan masok umah. pasti akan kata "jangan masok campor hal orang", x pon org tu sendiri akan kata "jaga hal aku apsal?".

ok, jawapan aku mudah.. back to the root. ko agama apa? jika ko 1 agama dgn aku iaitu Islam, adalah menjadi tanggungjawap aku utk menegur engko! jika aku tidak menegur itu sudah dikira dosa pada aku. ini adalah tanggungjawap! aku bukanlah ustaz tp mungkin didikan agama masa aku sekolah rendah dulu 6tahun kot bikin aku rasa benda ni tanggungjawap. aku pon bukan baik sgt. semayang pon xcukop pon tp sekurang2nya kita sebagai hambaNya perlu ingat mengingati.

kalau di kampong dulu, pon ada yg jenis mcm ni "jgn masok campor hal keluarga aku lah, hal rumahtangga lah.." tapi jika org yg bercakap tu punya pegangan agama yg kuat pasti dia tidak akan menyebut ayat2 yg aku tulis tu.

aku x pasti perkara ni, mungkin korang pon ada yg tau dan ada yg xtau. contoh berniaga. jika di satu2 kawasan permastautinan tu xde org Islam yg berniaga, 1 kwsn komuniti tu berdosa. ok, berniaga ni amalan nabi klu korang nk tau. sama juga (sorri aku ingat2 lupa hal ni) klu waktu azan tiada siapa yg melaungkan azan. hukumnya sama jugak. kalau aku xsilap, ini fardu Khifayah. kena bukak balik kitab apa tu fardu Ain dan fardu khifayah.. errmmm..

ok, aku akan balik utara dalam masa terdekat, dan aku rasa dh tiba masa aku start semula idop baru dan kurangkan benda2 x betol. (actually aku sedang) dan dlm fikiran aku sering berlegar pasal "sejauh mana la pemahaman dan penghayatan????"