JIJIK.. SAPA JIJIK???!!

ptg tadi.. aku on da way ke kelas...
sebelom masok pintu pagar UiTM..

aku dibelakang sebuah motosikal yg ditunggangi seorang awek dan kawan nya membonceng di belakang..

dan dihadapan nya lori sampah MBSA..

aku tgk awek yg depan ni tutop hidong dan yang belakang mengipas2 hidong nya kerana bau busuk dari lori tu..


persoalannya..


siapakah yg lebih busuk????

mereka adalah org yg bersih kerana mereka membersihkan kotoran yang dibuat oleh kita yang hanya tau membuang sampah sehingga menjadi busuk..

perlu kah menutop hidong kerana tak tahan dgn bau sampah yg kita sendiri yang membikinnya???