belom sempat 2012

Alo apa khabar. Memandangkan dah ada yang beriya2 dok sembang bab azam baru 2012 (padahal ada 15hari lg nk masok tahun baru) so gua pon nk celoteh skit atas apa yg gua harungi dan akan harung 2012. Sebenarnya malas nk cakap 2012 sebab xsempat nk 2012 lagi dh macam2 tanggungjawap dah kena laksanakan. Puiii!

Ok hari ni gua nak bgtau sebenarnya jawatan gua kat kilang suratkhabar News Straits Time Press ni sebagai Production Executive. (paling cilaka kawan gua nama Amin panggil gua "mandur"!!! rasa nk cabai jek mulut beliau). Ini kes antara rela x rela tapi kena telan. Gua crita sini sebenarnya kawasan utara ni gua sorang jek ketua bahagian pengeluaran surat khabar Berian harian, News Straits Time dan tabloid dalam kain iaitu Harian Metro. Ok jangan tanya gua apasal cerita dalam metro pasal hal dalam kain sebab gua xde kena mengena dgn penulisan. Gua cuma jaga pengeluaran suratkhabar supaya berjalan lancar, kualiti ok dan sampai kedai mamak selalu lu orang lepak pekena nasi lemak teh tarik sambil beli paper tu.

Dijadikan cerita awal bulan 12 ni assistant manager telah dapat offer lebih baek dan cabut 1 bulan notis. So senior gua yang sebelom ni kaver gua handle production telah ganti buat sementara jawatan assistant bos tu dan gua rasa dia akan jawat jawatan tu kelak. So gua akan handle sorang2 production dan akan masuk keje malam sahaja kecuali meeting kena masuk petang. Sedap jek gua tulis lu baca tapi tanggungjawap tu sangat besar dan sampai bikin gua menulis cerita kat lu orang pasal tanggungjawap gua ni. Ada la kot seberat 47 tan beban tanggungjawap gua.

Satu lagi lepas gua kawen, pak mertua gua telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini setelah 2 minggu gua sah jadi menantu dia. Setelah beliau arwah, gua dengan terpaksanya tinggal bersama keluarga mertua yang semuanya pompuan. gua sorang jek lelaki. Gila lu nak tinggal mak mertua sama adik ipar gua dua beranak kat rumah. jadi apa2 naya! (bini gua.. blom dapat transfer sini lagi..so dengan sedihnya gua jadi bujang untuk sementara) So sebagai seorang lelaki gua duduk lah umah mertua gua. Tanggungjawap bermula bila mertua gua dah x kerja. Adik ipar gua keje. Gua plak keje malam balik sebelum subuh. Wa dalam hati dok pikir pagi2 dan tghr mertua gua ni nak makan apa? so gua kena korban masa tido gua bg makan mertua gua ni. Gila gua terpaksa set dalam otak gua, apa2 jadi pon gua xmau mak mertua gua ni lapar. Ok, kalau lu orang yang bujang lagi ni baca apa gua bebel ni, satu hari nanti lu orang tetap akan lalui bende ni. x percaya? satu hari nanti orang tua kita akan arwah jugak. so, xkan nk tgk mak atau bapak yg hidup keseorangan tu gigit papan sebab lapar.. ok dah..

Apa lagi gua nak bebel.. cukop lah kot.. sebab tu gua tulis entry ni sebab gua dah xde azam sebenarnya..haha.. xsempat masuk 2012 macam2 wa dah kena buat. Ini perubahan. Lu orang azam untuk perubahan btol? Sebab takde orang berazam "tahun depan azam aku nak sama jek macam sekarang".. pirahhh paleolitik! manusia x maju..

Ok jumpa lagi.. nanti gua merapu lagi..

insiden2 sebelom sah jadi laki orang..

ok ni gua nak crita skit.. cerita pasal cerita nikah kawen gua. gua nikah pada 18/11 lepas kira2 jam 3.45pm. upacara tu dilakukan selepas semayang jumaat. so ni kronlogi peristiwa pada hari tersebut.

10.00am
Rombongan pihak gua datang berkumpol di rumah gua kat kampong. 3 bijik kereta jek (nak banyak2 wat apa? bukan nk racing pun..) pastu bapak gua wat sedikit baca doa selamat untuk majlis pas jemaat kang. pastu bertolak kira2 jam 11.30am.

12.40pm
Sampai. pakat lepak homestay dan rombongan berjantina lelaki ke masjid. gua x bawa kete dan tumpang pak menakan gua punya kete. sampai masjid dgr khutbah dan semayang jemaat.

2.15pm
Keluar dari masjid selepas solat. Oleh kerana 1st time semayang situ so kitorg silap parking dan terpaksa drive ke depan sebelom nk belok kanan utk pusing patah balik utk kembali ke homestay. Tiba2....... satu motor sudah langgar bumper depan Alza pak menakan gua. Mamat tu lost kontrol sebab terlalu laju dan motor dia masuk longkang. di tgh2 longkang plak ada 1 btg paip. maka motor dia stuck dan terpusing tayar keatas bila sangkut kt btg paip tu. camana motor tu terpusing 360 darjah maka sama juga si rider tu somersault. Gua tgk sendiri camana mamat tu slow2 jatuh dlm longkang. tobat susah nk bernafas sbb dada dia kena penghujung longkang. kalau kena muka memang arwah terus. dan kami pon stuck di tempat kejadian sampai polis dan ambulan sampai. gua tipon bakal bini gua bgtau keadaan yg terjadi. Dari cerita driver kete belakang gua, mamat rider ni potong kete blkg dia dan kete dia n at same time kete kitorg masuk simpang ke kanan. So kerana kelajuan yg tinggi so rider tu xleh kontrol dan langgar kete pak menakan gua tu. Haiii wa rasa kopak gak dlm 2K pak menakan gua nk repair kete dia. Masa bergerak dan gua pon mati kutu sejenak. Tiba2 fon gua berbunyi. ada kawan dtg nk tgk majlis akad nikah gua. so, gua bg direction suruh amik gua dan bapak gua. Alhamdulilah kawan gua sampai dan tolong kitorg ke homestay manakala pak menakan gua kena gi balai buat report. rider tu last wa tgk ambulan bawak pi spital. motor dia bau longkang.

ok tu jek wa sebenarnya cuma nk cite insiden tu. dah la gua ketaq nk ngadap tok kadi, dia tambah lagi ketaq dgn eksiden sempoi punya dok mai. ok, segala2 setel dan gua sah jadi laki org selepas tu. gua pon xtau kawan gua akan terbaca cerita ni atau x, tapi gua sangat berterima kaseh pada dia.

kawan gua yg tolong tu. black n white kata maikel jeksen (arwah)

bawah ni plak gambar gua muah dahi bini gua. 

sila jeles secukop rasa..

Dah jadi laki org pun gua masih dengar music metal. hahaha..


1 lagi kalau nak khidmat photographer utk kawen gua betol2 rekomen mamat ni Azzaharry Othman sebab tahap profesionalisme beliau yang sungguh bagus. gua pon xkenal mamat ni, bini gua yg select mamat nih. 2 hari dia punya keje dari majlis akad nikah, malam berinai, hari kenduri sebelah pompuan sampai ke sesi fotografi outdoor mamat ni bg komitmen yg terbaek sampai tertido dalam kete. dan mamat ni memang nice dan lawak.

Ok setakat tu dulu.

Tadi dan mungkin lepas ni...

Tadi gua tido awal.. terlelap sebenarnya.. gua pun xtau pukol brapa gua terlelap. yang pasti gua tengah dengar lagu pastu gua baring2. Sedar2 dah pukol 2.49am.

Dikala gua xbleh lelap ni, gua on pc bukak internet (padahal slow nak mampos servis broadband ni - malas sebut kompeni apa) dan gua sebenarnya dah 4-5 hari dok baca pasal Sham Kamikaze, Bob Lokman dan juga tadi ni baca pasal Megat Hafiz ataupun megat magskin. Persamaan ketiga2 mereka ini ialah mereka terlibat dalam dunia seni.

Err sebenarnya gua pun sangat sukakan seni music serta seni itu sendiri tak kira sejarah seni atau apa2 sebab gua memang graduated Art & Design. Ok balik kepada 3 nama diatas, gua highlight pada Sham kamikaze dan megat magskin. Dalam pembacaan gua mereka ini antara orang seni yang telah insaf. mereka juga telah kembali ke landasan sebenar iaitu ke jalan Allah. Kalau ikut zaman muda depa, memang tunggang langgang. Dunia seni kalau iman x kuat memang jahanam. Serius gua cakap.

Ok, dalam dok baca pasal depa, gua ada terpikir. Gua nanti macam mana la plak ya? Adakah gua akan berserban seperti mereka? Emmm gua pon xpasti apa jawapan yang gua nak jawap. Mungkin lah (gua rasa) gua susah nak buang music dari jiwa gua. Ada jugak kawan gua yang dulu 1 band dgn gua sekarang ni Alhamdulilah dah insaf dan jadi antara orang2 Islam yang pernah berebat dengan penganut agama2 lain di temple2 dan crunch. Alhamdulilah. Even mamat ni profesionnya masih bersangkut paut dengan music. Ok, berbalik kepada gua, gua rasa gua mungkin pasni akan sedikit kurang "metal" dalam diri gua. "Jalan" gua dah nampak. Tapi nk kikis music dari idup umpama nak berenti minum nescafe ais dalam rutin pemakanan harian.

Mungkin kerana kawan2 yang dah stop main music keras beralih kepada instrument, tapi oleh kerana 1st time gua serius main music sebagai vocalist band metal, so gua rasa paling berat pon pasni gua akan still nyanyi dan bikin music seperti video klip dibawah sahaja..


p/s - satu lagi gua memang minat sama Dr Sam

lelaki dan kemampuan kewangan

Adalah menjadi 1 masalah jika seorang lelaki maseh meminjam wang dari kawan2 jika sudah berusia suku abad keatas.. tidak lain dan tidak bukan ianya adalah masalah diri sendiri yang gagal menguruskan kewangannya. Bukan sembang kosong.. sila cermin diri sendiri..

REUNION SMK SELAMA SERDANG KEDAH D.A 92-96

Raya ke2 hari tu ex-classmate aku dulu wat majlis perjumpaan semula atau dlm bahasa mat saleh celupnya REUNION. majlis start (dalam memo) pkl 12pm smpai 3pm. tapi time aku smpai 1 lebih baru start baca doa.. haha..

  

Ada beberapa perkara menarik dan salah satunya ialah jumpa semula kawan2 lama yg aku dah 14 tahun x jumpa pun ada. Dan paling best aku dengan kawan aku sorang lagi jek yg belom berfamily.. hahaha.. Juga kehilangan 2 orang sahabat yang telah kembali ke rahmatullah..


Hahaha atas ni gambar setakat yang ada..

p/s - Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir batin.

100 hari lagi..

tau apa akan jadi 100 hari lagi?
gua akan menamatkan zaman bujang!!!
haha

sebagai seorang bos..

hari ni staff gua punya performance A+.. xpernah lagi bagus mcm ni (kecuali kes curi paper jual kt luar). sbb antara 4 bijik plant kt malaysia ni plant gua keje ni paling mandom skali. tapi pas pi training baru ni dan baru apply sikit apa yg dipelajari, performance depa mendadak meningkat.. gila bagus sangat! cuak gua cakap lu!
gua rasa nk belanja depa pizza ka apa ka.. tapi at the same time gua takut juga performance ni hangat2 taik ayam..

ok, itu lah perasaan gua semenjak menjadi bos kepada bahagian production ni..

workoholic

gua rasa gua memang seorang yg workoholic!
haram gua naek gaji bln 10 ni..
Amin..

ada masa..

ada masa terpaksa rebel jugak..
9 bulan dok bernanah..

kawan atau awek lu?

kalau diberi pilhan kawan lu atau awek lu..
mana 1 lu pilih?
awek? kawan?
gua pilih dua2..

nape xbleh pilih dua2? x berani?
nanti lu ada anak tiga pat belas orang, lu nk pilih ke mana anak emas lu?

gua rasa gua bleh jadi bapak yang baek.. hahaha

segerombolan kebencian..

orang kata jika kita luahkan pada seseorang atau melukis apa yg kita x puas hati dr hati kita ianya akan mengurangkan stress.. juga kalau menulis.. luahan dari hati ke media lain kluar dr diri..

sebenarnya aku rasa sedikit terkilan yg melahirkan rasa benci kepada batch diploma aku dulu.. batch 2004-2006.. hell damn! sampai aku amik keputusan x pegi konvo.. mencukupkan syarat malas gi konvo diploma dulu ni kerana kekurangan sen! haha..

aku ni bukan la bagus pun.. aku dr kampung.. berada di bandar.. belajar dan tambah kenalan..tambah persahabatan.. aku dh lupa berapa orang batch aku dulu tp rasa2nya ada la dlm 20 org lebih batch aku dulu ni.. aku pelik jika anak2 bandar lewat matang.. usia aku dulu umur 19tahun aku dh bleh berfikir.. dan start merasa "putus duet", makan nasi lauk telur dan sardin tin 2 bulan.. kenal erti persahabatan..

tapi aku pelik batch aku ni yg rata2 anak bandar punya perangai seperti itik kelaparan gandum.. ditabur gandum semua serbu.. org lain pegi mati.. aku masa umur 18-19tahun xpernah jadi begini.. aku penah menangis nk berpisah dgn kwn2.. dan persabatan kami kuat sampai sekarang.. tapi batch aku ni sedih.. menyedihkan.... "friendship will never end.... of semester" hahaha.. itu yg tepat kot..

tapi batch masa amik degree terbaek.. bila masing2 dr kursus lain2 bersatu.. aku sayang mereka ini. kenapa aku bezakan batch degree dan diploma? tidak perlu digunakan faktor usia diploma muda atau degree dh start matang kerana ada batch diploma yg sekelas dgn aku masa degree maseh berperangai sama.. friendship till the end..of semester jugak!

sampai kawen x jemput kwn2.. bukan satu tapi dua.. aku sedih dengan sikap mereka2 ini. dan aku tau kwn2 lain pun terkilan.. aku sebenarnya dh nampak perkara ini diakhir pengajian.. bila abes jek final projek degree kitorang 1 klaz bersama berkumpul di melaka.. even sorang kwn hanya berbekal RM12 dalam walet tp kami yg lain2 sapot mkn minum semua.. aku sayang batch degree sbb friendship.. tp mereka2 yg masih bersama aku dr diploma dulu masih sama.. sedih! gitar flying V aku dilanyak kaw2 lebih dr aku yg pemalas ni praktis gtar. klu aku praktis 3-4hari skali, "kawan" ni bleh plak lanyak gtar aku hari2.. moto aku yg handle sampai sekarang bengkok dan kiat xde org lain yg bawa smpai jatuh.. dan x reti nk hantar repair kerana tak ada duet.. ok fine xde hal selagi moto aku ok.. tapi dimana semua itu?

aku benci kamu!

adakah persahabatan hanya dikala ada kepentingan?????

minggu yang serabut!

abes minggu gheja minggu lepas terus xde cuti sbb kena pi training kat shah alam pada offday nya.. manakala restday jd plak travel day.. keesokkannya masuk gheja..


1day masuk gheja teruih kena 1 problem hasil cetakan kena rijek sbb masalah dr mesin.. bearing pecah.. kuantiti yg dibuang ialah 3200 copies.. ok setel hr pertama..


2nd masok gheja awal2 big boss telepon tanya apasal jd lagu tu? apsal amik masa lama sgt sampai kuantiti dh 3200 baru nk sedaq problem.. cilaka kena tiauw kaw2! Ok tu 1, ni tambah 1 lg bahana mesin buat filem rosak.. mampoih lambat production sbb film dihasilkan sebelum proses lain start.. skali aku menerap ushar tpt rosak tu.. paling menyangkak spare part tadak kt kilang aku gheja ni.. yg ada cuma dr kilang di ajil trengganu.. perghhh tdoq pon xlena wooo..


Hari ke3 aku masuk awai semata2 nk inform chief bahagian buat film tu pasal kerosakan. dengan mata kelipok kelipok mcm ayam kena lastik (xcukop tido punya kes) aku dh smpai jam 3pm (aku keje 9pm-6am dan klu kena cover org aku masuk 6pm-6am). Aku tunggu sampai setel installation barang spare part tu. sat sat sat... x abeh lg wooo.. skali dpt info plak esok punya production kena split sbb byk flyers nk kena insert. ok aku kasi split..


hari ke 4.. x sempat nk masuk gheja lg dikala pukol 3 lebih (aku baru terkebil2 bgn tdo), aku dpt call dr chief dept td kata problem press loading. dan bos besaq dok ngamok awat aku suruh split. halamak smlm kata kena split sbb byk flyers nk insert, ni kata cancel plak.. plate apa jadah semua dh siap.. xkan nk wat gantung kt dinding kot? perghh berbulu jek aku xsempat masuk keje dh berdesing telinga tahan bara!


5th day masuk gheja saja aku malas nk cek email.. skali chief tu tanya dh cek email blom? aku kata "MALAS". tapi mau xmau kena cek jugak.. cek punya cek skali big bos sudah bambu dan paling best ayat ni "Now, what is going here. (NAMA AKU), how is that decision being made without my knowledge?"
cilaka btoi ditalanya kt aku plak.. apa sbb aku paling "bongsu" dlm kilang tu senang2 saja aku nk kena kitai???? berapi punya pasai aku reply email tu dan tanpa tulis THANKS kt email ayat aku berbunyi "and also i would like to question why we (production) dont get any information from circulation on the cancel of flyers early? Why need to waited untill 3pm?" <- ni ayat last.. ayat depan2 malas aku nk copy paste sbb skema.. aku pikir2 balik aku ada hak tanya mende2 ni dan klu aku x pertikai semula makin sedap la aku dok kena lagi pasni..


hari ke 6 iaitu siang satgi.. sepatutnya aku punya offday tp kena mai kaver production sbb sorang amik Casual Leave 5 hr sbb bini beranak.. dimaklumkan jugak selama 7 bulan gheja aku baru amik 1 hari annual leave.. ada sapa nampak??? tadak.. gila panas siyal!!!!!!

BLACK METAL

dialog antara aku dan seorang guru :

aku : camana stall burger hang?aku tgk maju xputus2 org dok mai..
cikgu : ok la sejak si A (bukan nama sebenar) jaga senang skit la, xkalut sgt.
aku : si A tu sebelum ni gheja apa?
cikgu : si A tu asalnya memang teroklah, Alhamdulilah aku berjaya jaga dia.
aku : camana tu?
cikgu : si A ni dulu brenti sekolah, tadak gheja, tadak arah punya budak, mcm BLACK METAL.

apa2 saja yg negative+buruk = BLACK METAL.
inilah yg berjaya di set didalam minda org2 kita hasil penulisan media2 tempatan. perkara yg aku nk highlight ialah bagaimana seorang guru yg tugasnya mendidik anak bangsa juga terpedaya dgn cerita rekaan media2 tempatan ini. guru ialah manusia pandai. kalau bodoh sah2 xyah ngajar bdk2.kang lg bodo.

bukan setakat guru lah, byk blogger2 yg punya ratusan follower turut buat posting pasal black metal walhal apa tu BLACK METAL dia sendiri xtau. jika seorg mat hiphop bakar Al-Quran pasti akan di sebut mamat BLACK METAL jugak. kerana apa? kerana OTAK TELAH DISET dgn media2 karut.

sekarang BLACK METAL bukan lg sejenis music. klu x pecaya try tanya blogger2 yg pandai menulis ni. BLACK METAL adalah sekumpulan manusia yg melawan tuhan, yg tiada arah dan serba serbi negatif adalah BLACK METAL. malah IRON MAIDEN juga diselitkan dlm artikel black metal. adus sedihnya malaysia..

jika sesiapa terbaca tulisan aku ni, sila lah hentikan membeli akhbar atau majalah2 karut ini. fikir rasional nya dan kesan yg akan berlaku pada generasi kita akan datang.. hmm abes bini2 org dituduh mangsa seks beramai2.. nauzubilah.

CUN

tadi gua nengok cite nih..



ok lah walopon gua sebenarnya suka cite yg wa x bleh baget aksi2 seterusnya. bagi gua ni cite melayu yg agak kelakar. kelakar sbb skrip sebijik mcm kita selalu guna. maybe jugak sebab bahasa diguna loghat kedah, so gua tau la ni bahasa pasar or bahasa skrip. bagus juga bg yg kejar glamour. haha

haha nampak mcm tipikal melayu punya filem tp xmau hipokrit la terhibur jugak nengok. sesuai sebagai tontonan santai.

diam..

ada time rasa x perlu explain.. cakap pun x guna kalau yg nk dengar tu xfaham bahasa, pekak, tuli..
ada time rasa x perlu explain.. cakap pun x guna kalau yg nk dengar tu rasa hebat..

rasa hebat = xfaham bahasa, pekak, tuli!

terjun bangunan..

ada sorang staff gua ni.. keje hebat tapi bulan lepas dtg keje 5hari jek.. hebat lah tu..gua bulan ni cuti 5hari jek.. haaa kan gua kata staff gua tu lg hebat. pastu MC bersepah.. kalau gua ni menteri2 yg ada kes besar, mesti gua dah upah org tolak staff gua ni terjun bangunan.. huhu.. sungguh berbau politik.. kekeke

kena kencing..

kawan tempat keje lama dulu kena kencing dgn boipren baru dia. kenal dlm 4 bulan pastu boipren ni ajak tunang bulan 6 ni. dalam masa yg sama boipren ni pinjam itu ini dr kwn gua ni.. kamera D90, henpon 2 bijik dan kreta baru beli dlm 3-4 bulan kot.. katanya dia keje arkitek..

last2 boipren ni rupanya penipu. kamera sama henpon sudah lesap. kreta naseb baek dpt semula. lg best boipren ni guna no hp kwn2 yg ada dlm hp tu. dia sms guna nama kwn gua ni. mintak pinjam duet. memang lahanat btol.


info pasal mamat ni :
nama : Muhamad Rushdy
asal dari : Taman Bahgia Teluk Intan

SEKARANG JADI BURUAN POLIS.

ntah..

gua bukan troo pun.. gua bukan layan sangat Iron Maiden.. telinga gua lebih suka Sacred Reich..

disebalik tabir..

time aku dok taip ni kondisi kesihatan aku x brapa ok. terbangun tgh mlm dan perlu ke hospital utk pemeriksaan lanjut pagi kang.. tapi semalam lepak panjang dan cerita balik sejarah lama dgn band yg paling aku sayang tapi dah jahanam.

3 org line up yang bagi aku zaman kami start dulu ada yg perhatikan. malah penghasilan lagu2 kami dah jauh melangkau zaman. time aku smbg blajar seketika dulu, drummer dan gtarist masih aktif dalam penghasilan lagu. dan impak walaupun lelagu baru x pernah klua dr harddisc ialah beberapa band besar seakan rasa tercabar dengan kewujudan kami. kerana kami buat sesuatu yg sukar orang nk agak dlm susunan komposisi lagu2 baru kami. ketika ketiadaan aku diposisi vocal, terasa pelik bila gtarist aku berkeras xmau aku memangku jawatan vocalist. ntah apa aku pun xtau dia sampai dengki tahap tu dgn aku. starting dulu aku dgn drummer yg sara hidup band. duet xyah cakap la. sbb kami dh keje. xkisah la bab duet. gtarist kami seorg yg kreatif dan berkemampuan hebat. ada bakat tapi mulut serta attitude perlu di baiki untuk terus hidup lama. pernah lagu baru kami di offer kepada seorang kawan untuk dinyanyikan. tapi atas dasar kawan, si vocalist ni tolak dan hanya mahu aku yg nyanyikan. ya, sampai skrg klu jumpa kami akan lepak dan sembang apa2 yg terkini pasal kami. kawan tetap kawan dan hak kawan x perlu di jahanamkan dgn mengambil kesempatan.

sekarang dah 2011. satu perjuangan yg aku start sejak 1999. tiada harapan penyatuan semula. dan x perlu banggakan lagu ciptaan kalau mahucop lagu tu kau punya jika ko bermain untuk band. kenapa x letakkan saja MAHMUD'S BAND (barangkali jika nama owner lagu tu Mahmud) kan senang. kami ni sekadar sessionist. senang kan? semua ni kerana ego masing2. dan aku x sangka aku diketepikan atas ntah apa sebab aku pun xtau. nak kata kerana aku promot bg org dgr? rasanya track x siap yg aku masuk vocal tu dh dijaja sampai merata ceruk smpai kena cop vocalist merosakkan lagu. hehe.. cerita lama tp yg paling terkejut tu lah. apa la yg dia dengki sampai xmau aku terlibat padahal aku antara yg tubuhkan band ni..

ayat paling xbleh blah.. "hang main percussion ngn kami mau"?

sekian terima kaseh..

soalan paling lawak 2011..

aku di ajukan 1 soalan oleh ex-klasmate aku dulu..
soalannya berbunyi begini...

"men, ko x nak apply jd polis ke?"

sekian terima kasehhh...
wakakakakaka

gudbye uncle..

sebenarnya ni la 1st time sejarah alam pekerjaan aku dimana aku alami hr seorang uncle ni nk pencen. seorang cina yg bagi aku dia seorg yg bagus. byk bagi tunjuk ajar serta cerita benda2 kat tempat keje aku ni. dan aku tau dia yakin dgn aku walopon aku terpaksa harungi benda2 yg sgt berat iaitu mengubah sistem yg x brapa btol di tpt keje ni. to uncle hwa, kita akan jumpa lagi pasni.. lu uncle gua paling terbaru.. peace!

saya nak jadi J-LO

pelik sejak dua menjak ni gua tgk kt fesbuk byk pompuan suka tayang keseksian. sori kalau cakap kasar.. lagi seksi dia lg seronok.. nk jd J-LO konon.. baek jd lina joy!

isnin selasa

gua skrg cuti isnin selasa..
sekian terima kaseh.

xbleh improve..

gila camana nk improve diri kalau big bos kasi limit kemampuan gua????

cakap pon x guna!

gua tensyen bila segala cadangan dr gua x diterima kerana gua masih baru keje tpt skrg. big boss dan assistant dia bukan basic printing mcm gua. depa basic electrical dan mechanical. pada mata seorg printer no 1 ialah KUALITI. wa sudah suggest tp no action taken! suggestion gua umpama sampah. sebab apa? sebab dr dulu depa dh amalkan sistem mcm taik ni. wa nampak dan wa cuba betolkan. tapi bila dh jd culture, depa telan benda ni hari2. jgn big boss ckp "saya x nampak apa2 perubahan atau peningkatan sejak kompeni ambil u keje.." udah la, sbb no action taken. wa suggest tp x approve. for what? wa nk still follow sistem yg kucar kacir? maybe kompeni lain mau idea gua.. xpe, gua telan sekejap.. even dlm tempoh masa ni wa kena bambu. memang sakit hati.. wa sekarang mcm acting jek! xpe no hal! wa bleh dpt gaji 2X ganda dr sini.

pekerjaan yang di benci..

percaya atau tidak.. sebenarnya aku memegang 1 jawatan yang sgt mudah dibenci oleh department2 lain dalam kompeni aku keje. ini bukan profesion popular. itu lah jawatan production executive kilang surat khabar!

dia datang lagi..

dia datang lagi..
entiti2 itu..





TABLIGH..

itu beza nya..

dulu masa awal 20an jiwa memang berkelodak nak metal bikin band kalau bleh tour seluroh dunia pon sanggup.. haha itu zaman awal 20an.. zaman baru dok ada duet sekeping dua..zaman baru nk menyimpan duet.. komitmen cuma ada duet lebih habuan enjoy, make up motor (sori gua bukan rempit even dulu gua memang pemandu laju, dr seberang jaya ke batu maung gua buat 15minit jek), sekarang udah laen.. lu x keje lu xmakan.. nk enjoy2 main muzik diri ini hanya lah pemuzik amatur..pemuzik bilik tdiur.. music itu hobi.. ok itu bleh terima.. music itu hobi..

skrg nak buat band kena tgk komitmen.. masing2 cari makan.. kita bukan black dahlia murder yg tour hr2.. nak jadi mcm search dgn wings main konsert double trouble dapat payment ribu2 itu pon bukan aku la jawapnya.. ni skit hari lg kena cuti rabu khamis plak.. dah la keje x mcm org, keje mlm jek.. cuti plak x sama mcm org lain.. tp itu tanggungjawap aku.. tanggungjawap pd diri sendiri, keluarga juga bakal bini.. hehe..

susah beb.. susah bila line up laen x keje! haha.. ada dia faham tanggungjawap kita dgn kerja? anda jawap..