belom sempat 2012

Alo apa khabar. Memandangkan dah ada yang beriya2 dok sembang bab azam baru 2012 (padahal ada 15hari lg nk masok tahun baru) so gua pon nk celoteh skit atas apa yg gua harungi dan akan harung 2012. Sebenarnya malas nk cakap 2012 sebab xsempat nk 2012 lagi dh macam2 tanggungjawap dah kena laksanakan. Puiii!

Ok hari ni gua nak bgtau sebenarnya jawatan gua kat kilang suratkhabar News Straits Time Press ni sebagai Production Executive. (paling cilaka kawan gua nama Amin panggil gua "mandur"!!! rasa nk cabai jek mulut beliau). Ini kes antara rela x rela tapi kena telan. Gua crita sini sebenarnya kawasan utara ni gua sorang jek ketua bahagian pengeluaran surat khabar Berian harian, News Straits Time dan tabloid dalam kain iaitu Harian Metro. Ok jangan tanya gua apasal cerita dalam metro pasal hal dalam kain sebab gua xde kena mengena dgn penulisan. Gua cuma jaga pengeluaran suratkhabar supaya berjalan lancar, kualiti ok dan sampai kedai mamak selalu lu orang lepak pekena nasi lemak teh tarik sambil beli paper tu.

Dijadikan cerita awal bulan 12 ni assistant manager telah dapat offer lebih baek dan cabut 1 bulan notis. So senior gua yang sebelom ni kaver gua handle production telah ganti buat sementara jawatan assistant bos tu dan gua rasa dia akan jawat jawatan tu kelak. So gua akan handle sorang2 production dan akan masuk keje malam sahaja kecuali meeting kena masuk petang. Sedap jek gua tulis lu baca tapi tanggungjawap tu sangat besar dan sampai bikin gua menulis cerita kat lu orang pasal tanggungjawap gua ni. Ada la kot seberat 47 tan beban tanggungjawap gua.

Satu lagi lepas gua kawen, pak mertua gua telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini setelah 2 minggu gua sah jadi menantu dia. Setelah beliau arwah, gua dengan terpaksanya tinggal bersama keluarga mertua yang semuanya pompuan. gua sorang jek lelaki. Gila lu nak tinggal mak mertua sama adik ipar gua dua beranak kat rumah. jadi apa2 naya! (bini gua.. blom dapat transfer sini lagi..so dengan sedihnya gua jadi bujang untuk sementara) So sebagai seorang lelaki gua duduk lah umah mertua gua. Tanggungjawap bermula bila mertua gua dah x kerja. Adik ipar gua keje. Gua plak keje malam balik sebelum subuh. Wa dalam hati dok pikir pagi2 dan tghr mertua gua ni nak makan apa? so gua kena korban masa tido gua bg makan mertua gua ni. Gila gua terpaksa set dalam otak gua, apa2 jadi pon gua xmau mak mertua gua ni lapar. Ok, kalau lu orang yang bujang lagi ni baca apa gua bebel ni, satu hari nanti lu orang tetap akan lalui bende ni. x percaya? satu hari nanti orang tua kita akan arwah jugak. so, xkan nk tgk mak atau bapak yg hidup keseorangan tu gigit papan sebab lapar.. ok dah..

Apa lagi gua nak bebel.. cukop lah kot.. sebab tu gua tulis entry ni sebab gua dah xde azam sebenarnya..haha.. xsempat masuk 2012 macam2 wa dah kena buat. Ini perubahan. Lu orang azam untuk perubahan btol? Sebab takde orang berazam "tahun depan azam aku nak sama jek macam sekarang".. pirahhh paleolitik! manusia x maju..

Ok jumpa lagi.. nanti gua merapu lagi..