Malaymitoslistik

errr ini bukan tajuk album himpunan lagu2 kumpulan black metal Penang iaitu Mistik tetapi tetiba aku TERPERCAYA pada perkara2 mistik dan spiritual melayu. benda ni berlaku dalam hidup aku dan Alhamdulilah aku x terkena.. cuma terkena org2 terdekat aku..


dan walopon dicemuh tapi sebagai kawan aku akan cuba tolong..

teman lama..

sehari dua ni tetiba ada sorang kawan lama zaman sekolah dulu jumpa fesbuk gua..
skali yg lain2 pon dok sembang dlm komuniti tu.. haha.. mcm nk kena wat reunion.. utk warga2 beranak pinak kecuali aku.. kahkahkahkah

gudbye OUM..

sampai terlupa.. last day aku keje kt Open Universiti malaysia ialah jumaat lepas.. hari yg agak lawak kerana ujan pagi hari turun sehingga jam 10.30 pon blom berhenti lantas menyebabkan aku tarik bantal dan sambung tdo.. bgn jek sedia nk bertolak.. punya la excited lastday keje sampai aku terlupa hr jumaat tghr ada smyg jumaat.. pecut ke jalan sultan ismail sampai pkl 1.15 camtu.. letak barang dlm opis tapi terkunci didalam opis.. aku xde access kad maaa.. terpaksa ketok pintu dan tetiba makcik cleaner ada.. skali lg pecut ke masjid utk smyg jummat.. ya selesai jugak solat jumaat..

sebenarnya xde apa yg menarik kerana xde ramai kt opis memandangkan majoritinya amik cuti sampai 19hb dan 20hari bulan iaitu isnin baru diorg start keje.

 meja aku setelah dikosongkan


aku cuba siapkan keje aku walopon awal2 lg aku tau xkan siap.. cuma aku cuba jugak siapkan terdaya aku dan aku melangkah keluar opis pkl 6.30 petang.. sebelom tu aku xlupa claim overtime sebulan setengah.. cover la skit gaji yg dipotong 3hr sbb raya..

Gudbye CIDT (Center of Instructional Design & Technology)

1 perkara tentang kotaraya..

ini adalah apa yg aku nampak.. kotaraya.. haha, kerana aku asal budak kampong..

ujong 2003 aku telah ke kawasan bandar utk smbg blajar.. dan hingga hari ni aku keje bermakna dh 6 tahun setengah lebih kurang aku di bandar.. berbalik ayat atas tu yg aku maklomkan aku budak kampong ialah aku dapat nampak perbezaan antara 1 perkara antara kampong dan bandar..

aku pelik kenapa di bandar seperti 1 law plak kita x bleh masok campor hal orang? padahal jika org itu kenalan kita skalipon malah jiran skalipon, kita macam xleh tegur jika dia melakukan kesalahan even kesalahan itu menyalahi agama. contoh jiran sebelah umah bawak pompuan masok umah. pasti akan kata "jangan masok campor hal orang", x pon org tu sendiri akan kata "jaga hal aku apsal?".

ok, jawapan aku mudah.. back to the root. ko agama apa? jika ko 1 agama dgn aku iaitu Islam, adalah menjadi tanggungjawap aku utk menegur engko! jika aku tidak menegur itu sudah dikira dosa pada aku. ini adalah tanggungjawap! aku bukanlah ustaz tp mungkin didikan agama masa aku sekolah rendah dulu 6tahun kot bikin aku rasa benda ni tanggungjawap. aku pon bukan baik sgt. semayang pon xcukop pon tp sekurang2nya kita sebagai hambaNya perlu ingat mengingati.

kalau di kampong dulu, pon ada yg jenis mcm ni "jgn masok campor hal keluarga aku lah, hal rumahtangga lah.." tapi jika org yg bercakap tu punya pegangan agama yg kuat pasti dia tidak akan menyebut ayat2 yg aku tulis tu.

aku x pasti perkara ni, mungkin korang pon ada yg tau dan ada yg xtau. contoh berniaga. jika di satu2 kawasan permastautinan tu xde org Islam yg berniaga, 1 kwsn komuniti tu berdosa. ok, berniaga ni amalan nabi klu korang nk tau. sama juga (sorri aku ingat2 lupa hal ni) klu waktu azan tiada siapa yg melaungkan azan. hukumnya sama jugak. kalau aku xsilap, ini fardu Khifayah. kena bukak balik kitab apa tu fardu Ain dan fardu khifayah.. errmmm..

ok, aku akan balik utara dalam masa terdekat, dan aku rasa dh tiba masa aku start semula idop baru dan kurangkan benda2 x betol. (actually aku sedang) dan dlm fikiran aku sering berlegar pasal "sejauh mana la pemahaman dan penghayatan????"

kembali ke utara..

aku rasa tempoh 6 tahun lebih aku di perantauan dah menemui penghujung jalan. rasa macam dah tertulis apa yg bakal aku lalui nanti.

actually aku akan kembali ke utara. Alhamdulilah dengan kurnia dari Nya aku rasa doa2 aku yang x seberapa tu telah dimakbulkan. Terutama doa2 dimurahkan rezeki. alkisahnya aku sudah hantar surat resign kat Open Universiti Malaysia ni dan tempoh khidmat aku akan berakhir 17hb ni (skrg bulan 9 tahun 2010) dan aku dh pikir aku perlukan sekurang2nya 2minggu sebelom aku ke tempat keje baru. Ini untuk memudahkan aku setelkan urusan angkut mengangkut harta meredak aku yg byk seperti pc, gtar karan, cd2 yang beratus2 ni, pakaian, artwork, nota2 dan apa2 saja la. angkut barang dr shah alam balik ke kampong. 1 keje yg byk jugak buang masa dan buang duet habuan sewa van or lori.

cakap pasal keje, aku dapat keje di News Strait Time Press dekat perai penang.. jawatan sbg tukang sapu.. hahaha.. err, keje diwaktu malam plak tu. emm mungkin dh tiba masa utk lepak kembali dgn kwn2 lama yg sama2 rockin' dgn aku sekitar end of 90's to 2004 dulu.. Warmachine, mungkin jd live band.. Amin.. harapnya..

juga raya ni, satu perubahan besar aku perlu hadapi.. dan bersedia untuk hari akan datang.

pikir2 balik, mungkin jugak dh ketentuan Illahi aku kena balik utara memandangkan parent aku yg dh berumur. sapa lg nk jaga, aku jek anak lelaki depa yg dpt keje dekat dgn depa..

harap rezeki aku dimurahkan sepanjang aku diutara. harap jugak ni kompeni last aku keje sampai kojol..

kpd kawan2 di KL dan shah alam seperti Amin, ghani, lee, geng2 everlasting tales, gotikajiwalara dan kwn2 shah alam yg aku x berapa nk rapat, harap kita dapat bertemu lagi..

bulan 10 aku di utara..
BATTLE IN THE NORTH!!!