PUREVIBRACION - LOVE and PEACE (CD 2009)

Semalam asal nya ke campbell sbb gi jumpa sorang kawan sebab nak passing t-shirt forum dan cd yang dia order.. so setelah berjumpa saja jalan2 ronda campbell...
niat di hati nak beli la seketol CD.. kalau CD album band trash kangkang Kajang (REAPER) rilis memang aku sebar dah semalam.. tapi brader jaei cakap blom rilis (sama mcm yg encik Rafiz dr magazine Empayar bgtau dlm myspace aku minggu lepas..

so jalan2 last2 jumpa kedai untie dan terjumpa CD nih..
Purevibracion - Love and Peace..

















dah lama jugak baca band reggae Malaysia ni rekoding.. tapi x rilis2..
ini antara geng2 Republik of Brickfields iaitu 1 lagi band reggae tempatan yang ditunjangi oleh Aru..

aku xmau review lagi album ni tapi aku cuma nak sembang bab packaging CD nih..
harga sekeping CD RM29 (kalau beli direct dr band maybe murah skit)..
tapi ketepikan bab harga sebab ini produk tempatan yg perlu di beri peluang kerana ia nya bermutu..

ok kita tgk bahagian dalam CD nya pulak..











aku xpasti berapa cost yang digunakan kerana kertas yang digunakan adalah dr jenis art card..

x menggunakan jewel case sepenohnya sebaliknya bahagian letak CD tu mmg dr jewel case..
ini dh digipack kot (aku x arif sgt bab digipack nih..tapi aku rasa iye..)
1 lg bahagian dalam tu diserta kan sekali dgn booklet 20 pages yang terkandung lirik + thanklist + gambar2 dan sebagai nya..

kita tgk package full CD pulak..



















ok, di atas ni full pacakage yang anda akan dapat dr sekeping CD Purevibracion..
x ada yg lebih mengasyikkan dr beli CD original selain membaca isi kandungan yg terdapat pada inlay album tersebut..

dan disini juga aku nak inform bahawa CD ini merupakan Interactive CD dimana anda boleh view Video Klip, gambar dan info2 lain berkaitan Purevibracion..

Berikut aku serta kan senarai lagu2 yang terdapat didalam album ini..

1 - 10 Years Away
2 - Burning
3 - Keroncong
4 - Pesan Nenek
5 - Mi Gal
6 - Lonely Mood
7 - Reggae Party
8 - Gimme Love
9 - Love (featuring Liyana of Estrella)
10 - Miss Kinky
11 - Souljah Boi

dapatkan di pasaran..
beli yang original..
SUPPORT OUR LOCAL SCENE!!!

band contact :

http://www.myspace.com/purevibracion