1:52 PM
By Contramen
aku x bleh lupa.. dulu awek kau cari aku sebab nak tau kemungkaran yang kau lakukan.. sebelum kita gaduh kenapa bini kau yg galak mintak tolong aku dulu jauhkan diri dari aku?
sekarang hangpa dah jadi laki bini..
aku tau kau sedar kat mana salah kau.. dan aku nampak kau mula sedar bala yang datang mungkin balasan tuhan atas apa kau buat pada aku.. barangkali lah..
4:00 PM
By Contramen
tadi masa aku dok cari page Gugusan Excited Manchester United Kalah (G.E.M.U.K) aku ternampak 1 profile minah yg lama dh aku x view page nya.. dulu aku ingat lagi gmbr2 dia agak wild.. gmbr cemolot dgn bf n tayang tatoo pon ada..ok tadi aku saja klik.. bagus dia dh kembali ke landasan sebenar..harap2 ada la usaha utk buang tatoo tu.. Alhamdulilah
12:02 PM
By Contramen
tajok entry ni diambil sempena dah berapa lama dah gua x update blog ni..ada beberapa sebab antaranya gua update blog lg 1, komitmen kerja, family dan mcm2 lg..
cuma gua nk kongsi sejak 2013 smpai hr ni gua suka fikir benda yg org xsuka.bukan xsuka apa.cuma gua cuba kluar dr kepompong tipikal mindset bangsa gua sendiri.
ok byk benda syiok yg patut gua kongsi sebenarnya.ada cerita fitnah, kawan2, ketagih main music, sihir, bolasepak sehingga ke kerja gua..
ok pada yg baca atau follow blog gua ni gua rasa pasni gua aktif balik menulis.menulis sesuatu yg boleh buat lu orang semua bleh bg sel2 otak bergerak.mungkin ke peringkat lg jauh..
ok.. skrg 3:02 pagi..gua xbleh tdo..gua gi cucoh rokok dulu ok..
8:47 AM
By Contramen
benda ni macam roller coster..dia pusing2 kena kot tu jugak.. pulun duet last2 jatuh sakit dan masuk spital..
12:44 PM
By Contramen
sebenarnya aku haram x peduli pasal tahun baru dan azam baru. tapi apa yg berlaku selalu aku amik ikhtibar supaya x berlaku lagi dimasa hadapan.
kalau bab pencapaian, aku pon xtau apa pencapaian terbesar yang aku capai sekitar 2012. mungkin benda paling best aku dah jadi bapak. kakakaka..
bercakap bab music, aku masih stuck dgn projek solo aku. dan aku masih xmau letak dateline bila nak rilis. buat apa nak rilis kalau yg bakal dibeli pendengar tu "sampah". cakap bab scene pulak terus terang aku dah rasa jemu nak pegi gig. dah 2 tahun rasanya aku jadi memilih nak tengok gig. 1 sebab aku akan buang masa datang awal sebab gig start lambat. so xtau pukol brapa sebenarnya gig start. pernah aku datang lewat sikit dan aku mis 1st band. aku kalau ke gig boleh cari aku ditengah2 hall. dok tepi aku rasa tertipu dgn sistem bunyi. dok depan sangat pun macam hilang seni bunyian sebab telinga xdapat tangkap apa sebenarnya yg berbunyi sebab telinga dekat sgt dgn speaker. cakap bab scene jugak aku tengok gig2 70% dimonopoli oleh pengamal2 kronisme. ya berlarutan sampai time aku tulis ni.pencapaian yang x tercapai ialah gagal tengok SOULFLY depan mata.
cakap bab kerja, 2012 aku sikit down sebab aku xpuas hati dgn range gaji aku yg berada dibawah minimum range. start tgh tahun aku dah mula jadi sikit malas. dan bila hujung tahun aku start pikir (tambahan pulak aku ada terbaca artikel di intenet) yang mengatakan bekerja terlalu lama di satu2 tempat akan menjadikan kita tepu dan tak produktif. benda ni aku pikir agak lama dan kesimpulan yang aku buat ialah YA. ini diambil dari pengalaman aku sendiri yang pernah bekerja (walaupun cuma 4-5 bulan) di 1 jabatan ni. majotiti yg keje dah "season' dah pun.. oleh yang demikian mungkin jugak aku akan bertukar tempat kerja jika masalah gaji aku x selesai dalam masa terdekat dan jika ada offer lagi bagus.
job luar aku dah kurang amik sebab masa aku agak terhad. juga ruang untuk aku buat job luar x brapa nak luas. akalu masa bujang aku conquer 1 bilik dan umah penah hampir jadi stor barang2 customer. kakaka.. ni aku sendiri pon xtau bila nak aktif semula.
ok, malas la nak tulis panjang2 bukan dapat elaun pon. kahkahkah.
3:10 PM
By Contramen
Aku ialah the only line up atau lebih senang aku katakan one men band bernama WARMACHINE yang aku putuskan untuk dijadikan "medium" untuk aku bermusic selepas aku frust bersama band terdahulu seperti Spitcontra sekitar 1999 - 2004 dan Dawn of Eternity yang aku tubuhkan dikalangan kawan2 sekelas ketika menuntut di UiTM Shah Alam pada 2004 - 2006 dahulu.
Secara tepatnya Warmachine melalui proses penciptaan lagu pertama nya pada 2006 apabila aku mula menulis lagu sendiri bertajuk Endless Sacrifice yang lebih menjurus kepada Old Skool Death Metal. Walaupun aku mendengar segala jenisan music tetapi hakikatnya dalam music berat apa yang aku cukup taksub dan minati ialah lagu2 yang iramanya boleh bikin rasa nak headbang atau kalau malu2 dan sopan boleh bikin kaki rasa nak hentak umpama hentam pedal drum. kahkah..Dan dari berevolusi dari situ aku menggabungkan pendengaran aku kedalam lagu2 ciptaan aku untuk Warmachine.
Sebenarnya aku ingin sekali melahirkan album solo dan sekali lagu kerana taksubnya aku pada idola music berat aku iaitu Max Cavalera, aku telah memutuskan untuk berkolabrasi bersama beberapa musician dari kalangan kawan2 aku sendiri yang mengenali aku secara zahir dan juga dari kenalan intenet yang haram aku x pernah jumpa. Bagi pemuzik2 amatur ini, agak mudah untuk aku berkolabrasi namun lagu2 aku banyak tertangguh apabila beberapa guest vocalist agak lengai dalam komitmen menyumbangkan suara dalam lagu2 yang telah aku berikan kepada mereka untuk dimasukkan track vocal mereka. Perkara ini telah menyebabkan proses menyiapkan album ini tertangguh dalam jangkamasa setahun. Ok itu tak termasuk 2 kali aku rakam semula semua lagu2 aku akibat komputer aku jahanam yang memaksa aku melabur sekitar RM2500 untuk komputer baru.
Terkini aku terfikir yang aku ingin sekali mencuba berkolabrasi bersama vocalist2 band baru yang banyak dipandang tidak trOo oleh segelintir orang2 lama yang perasan hebat dan tidak tahu apa itu music. Kahkah peduli apa aku nk keluar statement macam ni.. Aku perhatikan beberapa band yang bagus dan masih muda dan terdetik rasa ingin mengajak Firdaus dari Daarchlea, Hanif dari Dicktracy dan barangkali vocalist2 dari band dari The Padangs, I, Revival yang banyak di pangkah oleh hero scene wannabe. Kahkah.. Betul ini yang aku rasa.. Seakan serik bila aku cuba berkolabrasi bersama vocalist2 band yang bermain music extreme apabila hajat aku tidak kesampaian dek kerana mereka. kahkah..
Ok, malas cakap banyak.. akan di update lagi dan harap sangat akan apa yang aku simpan ini akan dapat di tangan anda dalam format CD barangkali.. nah.. draft apa yang aku dah siap.. dengarkan...
SILA ABAIKAN TARIKH RILIS..
so kamu tahu betapa seksanya menunggu track2 dari guest vocalist..
11:42 AM
By Contramen
ok.. aku dah jadi bapak..
2:50 PM
By Contramen
lama aku x menulis di blog aku sendiri.. sebab x punya banyak masa.. dan dikala aku menulis aku baru selesai tengok 1 filem melayu tajuk 8 jam.
aku bukan nk cerita sangat pasal filem ni tapi sikit nk bgtau ni cerita kehidupan lorong.. anak2 lorong macam yg baru2 ni tv perdana dok galak selongkar cerita anak2 lorong. aku sebenarnya suka tengok pembuat2 filem bikin cerita realiti kehidupan. walaupun banyak yang komplin kata cerita mcm ni teruk tapi percaya lah sebenarnya benda2 realiti yg difilemkan tu benar2 terjadi. shamsul kena tibai dengan cerita KL Gangster. hhahaha memang ada la gengster2 ni semua.amik wang perlindungan pa semua. bukan tipu. mungkin yang kata tipu tu x pernah alami dan x pernah nk kaji betul ke x benda2 tu. macam filem 8 Jam yang aku tengok ni jugak. macam yang aku nampak kebanyakkan nya yg dari lorong ending akan jd gengster, keje pelacuran, peminta sedekah atau masuk lokap. dan aku x heran bila media baru nk selongkar hal ni.
ok, atas ni filem 8 Jam yg ada kt youtube. tengok lah sendiri bila free...
dan seperkara yang aku selalu dok pikir.. kenapa perlu disorok keburukan dan gunakan alasan "keburukan" tu kalau di bagitau orang malu lah bangsa sendiri.. jawapannya mudah jek.. sendiri xmau kaji kenapa ia jadi begitu.. kau fikir kan.. kesian tuhan bagi otak untuk berfikir.. jangan sia2 kan keupayaan otak anda.. selamat berfikir..
p/s - yana tu aku suka beno tengok..comel jek.. harap anak aku nanti secomel yana.. haha