12:44 PM
By Contramen
sebenarnya aku haram x peduli pasal tahun baru dan azam baru. tapi apa yg berlaku selalu aku amik ikhtibar supaya x berlaku lagi dimasa hadapan.
kalau bab pencapaian, aku pon xtau apa pencapaian terbesar yang aku capai sekitar 2012. mungkin benda paling best aku dah jadi bapak. kakakaka..
bercakap bab music, aku masih stuck dgn projek solo aku. dan aku masih xmau letak dateline bila nak rilis. buat apa nak rilis kalau yg bakal dibeli pendengar tu "sampah". cakap bab scene pulak terus terang aku dah rasa jemu nak pegi gig. dah 2 tahun rasanya aku jadi memilih nak tengok gig. 1 sebab aku akan buang masa datang awal sebab gig start lambat. so xtau pukol brapa sebenarnya gig start. pernah aku datang lewat sikit dan aku mis 1st band. aku kalau ke gig boleh cari aku ditengah2 hall. dok tepi aku rasa tertipu dgn sistem bunyi. dok depan sangat pun macam hilang seni bunyian sebab telinga xdapat tangkap apa sebenarnya yg berbunyi sebab telinga dekat sgt dgn speaker. cakap bab scene jugak aku tengok gig2 70% dimonopoli oleh pengamal2 kronisme. ya berlarutan sampai time aku tulis ni.pencapaian yang x tercapai ialah gagal tengok SOULFLY depan mata.
cakap bab kerja, 2012 aku sikit down sebab aku xpuas hati dgn range gaji aku yg berada dibawah minimum range. start tgh tahun aku dah mula jadi sikit malas. dan bila hujung tahun aku start pikir (tambahan pulak aku ada terbaca artikel di intenet) yang mengatakan bekerja terlalu lama di satu2 tempat akan menjadikan kita tepu dan tak produktif. benda ni aku pikir agak lama dan kesimpulan yang aku buat ialah YA. ini diambil dari pengalaman aku sendiri yang pernah bekerja (walaupun cuma 4-5 bulan) di 1 jabatan ni. majotiti yg keje dah "season' dah pun.. oleh yang demikian mungkin jugak aku akan bertukar tempat kerja jika masalah gaji aku x selesai dalam masa terdekat dan jika ada offer lagi bagus.
job luar aku dah kurang amik sebab masa aku agak terhad. juga ruang untuk aku buat job luar x brapa nak luas. akalu masa bujang aku conquer 1 bilik dan umah penah hampir jadi stor barang2 customer. kakaka.. ni aku sendiri pon xtau bila nak aktif semula.
ok, malas la nak tulis panjang2 bukan dapat elaun pon. kahkahkah.
3:10 PM
By Contramen
Aku ialah the only line up atau lebih senang aku katakan one men band bernama WARMACHINE yang aku putuskan untuk dijadikan "medium" untuk aku bermusic selepas aku frust bersama band terdahulu seperti Spitcontra sekitar 1999 - 2004 dan Dawn of Eternity yang aku tubuhkan dikalangan kawan2 sekelas ketika menuntut di UiTM Shah Alam pada 2004 - 2006 dahulu.
Secara tepatnya Warmachine melalui proses penciptaan lagu pertama nya pada 2006 apabila aku mula menulis lagu sendiri bertajuk Endless Sacrifice yang lebih menjurus kepada Old Skool Death Metal. Walaupun aku mendengar segala jenisan music tetapi hakikatnya dalam music berat apa yang aku cukup taksub dan minati ialah lagu2 yang iramanya boleh bikin rasa nak headbang atau kalau malu2 dan sopan boleh bikin kaki rasa nak hentak umpama hentam pedal drum. kahkah..Dan dari berevolusi dari situ aku menggabungkan pendengaran aku kedalam lagu2 ciptaan aku untuk Warmachine.
Sebenarnya aku ingin sekali melahirkan album solo dan sekali lagu kerana taksubnya aku pada idola music berat aku iaitu Max Cavalera, aku telah memutuskan untuk berkolabrasi bersama beberapa musician dari kalangan kawan2 aku sendiri yang mengenali aku secara zahir dan juga dari kenalan intenet yang haram aku x pernah jumpa. Bagi pemuzik2 amatur ini, agak mudah untuk aku berkolabrasi namun lagu2 aku banyak tertangguh apabila beberapa guest vocalist agak lengai dalam komitmen menyumbangkan suara dalam lagu2 yang telah aku berikan kepada mereka untuk dimasukkan track vocal mereka. Perkara ini telah menyebabkan proses menyiapkan album ini tertangguh dalam jangkamasa setahun. Ok itu tak termasuk 2 kali aku rakam semula semua lagu2 aku akibat komputer aku jahanam yang memaksa aku melabur sekitar RM2500 untuk komputer baru.
Terkini aku terfikir yang aku ingin sekali mencuba berkolabrasi bersama vocalist2 band baru yang banyak dipandang tidak trOo oleh segelintir orang2 lama yang perasan hebat dan tidak tahu apa itu music. Kahkah peduli apa aku nk keluar statement macam ni.. Aku perhatikan beberapa band yang bagus dan masih muda dan terdetik rasa ingin mengajak Firdaus dari Daarchlea, Hanif dari Dicktracy dan barangkali vocalist2 dari band dari The Padangs, I, Revival yang banyak di pangkah oleh hero scene wannabe. Kahkah.. Betul ini yang aku rasa.. Seakan serik bila aku cuba berkolabrasi bersama vocalist2 band yang bermain music extreme apabila hajat aku tidak kesampaian dek kerana mereka. kahkah..
Ok, malas cakap banyak.. akan di update lagi dan harap sangat akan apa yang aku simpan ini akan dapat di tangan anda dalam format CD barangkali.. nah.. draft apa yang aku dah siap.. dengarkan...
SILA ABAIKAN TARIKH RILIS..
so kamu tahu betapa seksanya menunggu track2 dari guest vocalist..
11:42 AM
By Contramen
ok.. aku dah jadi bapak..
2:50 PM
By Contramen
lama aku x menulis di blog aku sendiri.. sebab x punya banyak masa.. dan dikala aku menulis aku baru selesai tengok 1 filem melayu tajuk 8 jam.
aku bukan nk cerita sangat pasal filem ni tapi sikit nk bgtau ni cerita kehidupan lorong.. anak2 lorong macam yg baru2 ni tv perdana dok galak selongkar cerita anak2 lorong. aku sebenarnya suka tengok pembuat2 filem bikin cerita realiti kehidupan. walaupun banyak yang komplin kata cerita mcm ni teruk tapi percaya lah sebenarnya benda2 realiti yg difilemkan tu benar2 terjadi. shamsul kena tibai dengan cerita KL Gangster. hhahaha memang ada la gengster2 ni semua.amik wang perlindungan pa semua. bukan tipu. mungkin yang kata tipu tu x pernah alami dan x pernah nk kaji betul ke x benda2 tu. macam filem 8 Jam yang aku tengok ni jugak. macam yang aku nampak kebanyakkan nya yg dari lorong ending akan jd gengster, keje pelacuran, peminta sedekah atau masuk lokap. dan aku x heran bila media baru nk selongkar hal ni.
ok, atas ni filem 8 Jam yg ada kt youtube. tengok lah sendiri bila free...
dan seperkara yang aku selalu dok pikir.. kenapa perlu disorok keburukan dan gunakan alasan "keburukan" tu kalau di bagitau orang malu lah bangsa sendiri.. jawapannya mudah jek.. sendiri xmau kaji kenapa ia jadi begitu.. kau fikir kan.. kesian tuhan bagi otak untuk berfikir.. jangan sia2 kan keupayaan otak anda.. selamat berfikir..
p/s - yana tu aku suka beno tengok..comel jek.. harap anak aku nanti secomel yana.. haha
12:42 PM
By Contramen
minggu2 terakhir bulan 4 aku ada lawan takraw antara plant di balik pulau. kebanyakan petang hari aku dihabiskan dikilang kerana training. dan paling kejam ada ketika aku datang petang dan training x ada sebab kerja banyak dan melibatkan staff2 aku yg tersenarai sebagai pemain. so antara 5pm sampai waktu bertugas aku tu kira buang masa sahaja. tapi masih sempat training untuk hari2 terakhir.
hari perlawanan 29/4 menyaksikan team aku masuk ke final dan tewas kepada juara bertahan tahun lepas. dapat la 3 helai baju yg kualitinya macam cilaka.chop adidas yg aku sendiri bleh buat.hadiah paling sedih xdapat apa walaupon aku nmpk masih ada habuan kami selaku pemain sebenarnya. next year aku xmau main dah. x berbaloi. letih, masa bersama keluarga takada dan x berbaloi. untuk pengetahuan hari pertandingan aku x tidoq sebab aku xbleh lelap pagi tu.
akibat dari game ni aku punya report bulanan tertangguh dan report yg sepatutnya aku submit paling lewat 5hb terlajak jadi seminggu baru siap. lagi best aku ada plan nak bawak mak pak dan bini aku ke cameron highland. sebab mak aku nk tour umah bini aku then pi umah abg2 aku di KL. lg best dpt info bulan ni ada trainning gheja di KL dan masih blom kompem tarikh dan lokasi samaada shah alam atau bangsar.
aku setel segala report bulanan awal pagi 7/5 iaitu semalam.maka hari ni masuk kerja aku dh ringan kepala sikit. buat pulak sorang staff yg memang aku dok perati dah x minat kerja sebab x naek pangkat. jenih x sabaq. tgh bulan 4 dia ada kena pi trainning team building dan kaki injured.hari ni dia mai kerja dan x buat kerja. aku mintak sorang lagi staff aku habaq kat dia tolong pi bawak turun 170 copies suratkhabaq ke bawah sbb itu gheja dia.pastu mamat sakit kaki ni naek bilik aku dengan x puaih hati habaq "aku sakit kaki ni nk buat gheja camana?". ok fine aku angkot skali harung tanggong 170 copies tu kebawah dari tingkat 1. pastu 1st time aku bambu dia aku kata "hang kalau sakit pi amik MC, hang sakit mai gheja menyusahkan orang lain".
dari perkara diatas sapa yg salah? aku atau staff aku yg sakit kaki tu?kalau masuk court union pon aku berani lagi lah.apasai mai gheja kalau sakit.kalau jadi apa2 sapa nk menjawap? aku jugak!
ok mood aku x berapa okey sebenaqnya..
2:54 PM
By Contramen
seperti yang telah aku bocorkan rahsia bahawa aku memegang jawatan production executive di sebuah syarikat cetakan di malaysia ini. oleh itu lebih tepat kalau aku bgtau tugas aku ialah handle hal ehwal percetakan suratkhabar untuk kawasan utara. jika sebut handle semua tu termasuklah pekerja2 bawah aku. dan x lupa juga pada mereka2 yg menanti hari nk pencen..
ok bila akan termaktub dalam akta bahawa warganegara malaysia akan pencen selepas 58 tahun aku pun xtau. tapi apa yang aku nampak dan org2 biasa x nampak iailah produktiviti kerja. kerana aku memerhati setiap tindak tanduk pekerja2 aku. dalam masa 3-4 bulan lagi nk pencen dah mula MC, CL (casual leave <- yg ni sangat lemak sebab kompeni suratkhabar je kot bagi..), itu ini bagai.. pattern cuti boleh buat dam ulaq.
ok mudah sahaja sebenarnya.. sebagai seorang bos kecik yg menghandle mereka2 dibawah ni, aku rasa aku perlu hak juga untuk select mereka2 yg membantu memperkukuhkan productiviti kerja. kalau asyik hilang dengan MC bayar bagai, camana nk tunggu sampai 58 tahun. adakah 3 tahun tu kira hanimun? fuck!!!! aku hanya mau yg xde rekod buruk dan aku sendiri akan suggest utk offer yg xde rekod ni sambung berkhidmat. kalau yang rekod macam taik, maka aku xbleh bagi muka.. so adakah aku melawan undang2????
ok itu sahaja.. dan antara perkara2 yg aku x suka tengok bila namanya kerja dengan ink, minyak bagai tapi datang kerja bergaya.. pakai minyak wangi lagi.. pakai porchbag lagi.. pakai cap lagi.. hmm aku nk tunggu yg lebih extreme.. nak tunggu datang keje pakai tie!!!
sekian..
3:26 PM
By Contramen
ok lama x menulis.. bukan nak mengeluh tapi untuk berkongsi cerita..
sebenarnya aku penat.. bayangkan dari 1/3 sampai 21/3 aku cuma cuti sehari iaitu pada 2/3 yg lepas.
bekerja malam setiap hari dari x kena matahari pagi.
masuk minggu ketiga aku pegi kerja dengan keadaan yang lemau.
sehingga saat aku menulis ni.
sapa sanggup angkat tangan.
11:51 AM
By Contramen
memandangkan kompeni aku keje ni bonus tahunan diberi pada bulan 2 (hujung) atau awal bulan 3, so pada bulan 1 lepas aku selaku bos kecik di NSTP ditugaskan untuk membuat appraisal prestasi staff2 aku. difahamkan juga majoriti staff2 aku menjadikan NSTP sebagai tempat bekerja pertama mereka selepas mereka tamat belajar.sehingga mereka pencen. ermmm aku xmau cakap pasal KPI tapi nak kongsi beberapa ayat x bleh blah sepanjang aku mengappraisal 53 org staff aku tu. Point aku bagi dari 1 (minimum) sampai 5 (maximum). sapa dapat 2 point maknanya meleleh ayaq lioq tgk kawan2 len dpt bonus. dpt 1 point saja jawapnya lebih baek pi cari keje tpt lain.haha
Aku : Ni hang punya attendance tahun lepas bikin hang punya point utk bonus terok ni. camana hang nk improve attendance hang untuk tahun depan?
Staff A : Tengok la...
Aku : Encik X, berdasarkan prestasi kerja dan attendance yg jahanam tahun lepas so saya bagi awak 3 point saja. Lagi pun ni last appraisal encik X disini. Bulan 5 ni dah nak pencen.
Encik X : Err bos, 3 point ni teruk ke?
* bengong gila keje berpuluh tahun itu pun xtau.
Staff B : Saya umur sudah 44 tahun tapi x naek pangkat lagi.
Aku : Aikk.. saya belum start appraisal lagi ni..
Aku : Camana point yang aku bagi? Puas hati?
Staff C : Terima kaseh banyak2 la bos, ni 1st time saya dapat paling tinggi macam ni.
Staff D : Bos x bleh bagi saya naek pangkat ka bos? Lama sangat saya jadi general worker ni..
Aku : Aku x bleh tolong hang, attendance hang terok sangat. Sebulan punya time off sampai 7 jam.
Ok, aku pun dah lupa.. banyak sangat la.. kehkehkeh..