kembali ke utara..

aku rasa tempoh 6 tahun lebih aku di perantauan dah menemui penghujung jalan. rasa macam dah tertulis apa yg bakal aku lalui nanti.

actually aku akan kembali ke utara. Alhamdulilah dengan kurnia dari Nya aku rasa doa2 aku yang x seberapa tu telah dimakbulkan. Terutama doa2 dimurahkan rezeki. alkisahnya aku sudah hantar surat resign kat Open Universiti Malaysia ni dan tempoh khidmat aku akan berakhir 17hb ni (skrg bulan 9 tahun 2010) dan aku dh pikir aku perlukan sekurang2nya 2minggu sebelom aku ke tempat keje baru. Ini untuk memudahkan aku setelkan urusan angkut mengangkut harta meredak aku yg byk seperti pc, gtar karan, cd2 yang beratus2 ni, pakaian, artwork, nota2 dan apa2 saja la. angkut barang dr shah alam balik ke kampong. 1 keje yg byk jugak buang masa dan buang duet habuan sewa van or lori.

cakap pasal keje, aku dapat keje di News Strait Time Press dekat perai penang.. jawatan sbg tukang sapu.. hahaha.. err, keje diwaktu malam plak tu. emm mungkin dh tiba masa utk lepak kembali dgn kwn2 lama yg sama2 rockin' dgn aku sekitar end of 90's to 2004 dulu.. Warmachine, mungkin jd live band.. Amin.. harapnya..

juga raya ni, satu perubahan besar aku perlu hadapi.. dan bersedia untuk hari akan datang.

pikir2 balik, mungkin jugak dh ketentuan Illahi aku kena balik utara memandangkan parent aku yg dh berumur. sapa lg nk jaga, aku jek anak lelaki depa yg dpt keje dekat dgn depa..

harap rezeki aku dimurahkan sepanjang aku diutara. harap jugak ni kompeni last aku keje sampai kojol..

kpd kawan2 di KL dan shah alam seperti Amin, ghani, lee, geng2 everlasting tales, gotikajiwalara dan kwn2 shah alam yg aku x berapa nk rapat, harap kita dapat bertemu lagi..

bulan 10 aku di utara..
BATTLE IN THE NORTH!!!

kata2 jiwang..

walaupon aku x mampu sekuasa tuhan namun sekadar menjadi dewa pon jadi lah..
aku sayang engkau..

memori silap..

mungkin takdir dikala tgh setup pc ni tetiba aku terjumpa 1 mamat yg dulu awal perkenalan kami sgt akhrab, pastu berlaku "taik" dan hubungan kami boleh dianggap salah sorang dr kami mati lebih bagus dr bertemu semula.. nampak macam sesuatu yg blom tamat lagi pada mamat tu.. tp bukan dgn aku, tapi dgn kenalan selepas aku.. pi mampoih la, jgn buat pasal lagi dgn aku sudah lah.. dah la dok sini x jauh pon dr aku..

......

selalu klu org tulis titik titik titik (...) makna nya MATI..
haha tapi gua xtau nk tulis apa tajuk entry nih..

sebenarnya sedikit kecewa dgn plan yg dah agak lama (padahal x la lama mana pon) kira2 seminggu lebih.. plan baik punya itu ini sbb benda ni agak penting jugak dgn life gua.. xsampai 12jam tetiba bahlol punya kejadian telah berlaku.. sebelom tu pon memang dah bahlol.. tp kalau dah bahlol memang bahlol jugak kesimpulannya.. 

Gua kalau dh janji lu jgn nk broke the promise sbb gua jenis pegang pada prinsip punya orang.. gua benci jd lalang.. dan gua jenis planning punya orang..

gua pelik makin tinggi kedudukan makin sama tahap jek otak dgn kpala lutut gua..

skrg gua kt opis.. walopon keje bertimbun tapi hati tenang (even rasa nk sepak monitor) dan esok wa janji dgn kwn2 yg nk turun vokill fest!!! masa utk hilangkan stress!!!! headbang all the way!!!!

bodoh..

aku terjumpa beberapa manusia yg secara x sedar menunjukkan kebodohan diri nya...
engkau yang tunjuk.. aku dan mereka2 yang lain melihat...
ternyata engkau bodah dan tak guna otak!!!!

kesimpulannya, buat apa mau simpan orang mcm ni, baek bela iguana..
hahaha

mereka2 yang sangap..

aku dah naik lemas.. dah naik jelik, dah naik menyampah, meluat...
siyal btol tekaan aku tepat.. jgn nk berdalih.. kalau dh terlajak..

MID YEAR TOUR (tour kenduri..hehe)

bulan 6 ni dr awal bulan aku start tour kenduri every weekend.. penat yarabi x yah cakap..

actually sepatutnya 5hb 6 aku ke kedah kenduri keyboardist bandmates aku Everlasting Tales/Gotikajiwalara iaitu fharees di kulim kedah.. tetapi kerana malam hari sebelom hari kenduri tu aku kena wat installation utk job freelances aku di Ole2 so aku awal2 dh kanselkan niat ke Kedah.. sori fharees, nanti kami ganti dgn aktiviti makan2 ya..

by the way ni gambar fharees dgn isterinya..


















yg btolnya pada 6hb nya iaitu keesokkan harinya (ahad) ialah hari housemate aku kawen di Sabak Bernam. dan dari umah aku kami naik 4 bijik kete ke sana.. bunyi nya mcm dekat je dlm selangor jugak tp penat perjalanan tuhan saja yg tau.. tambah2 aku yg jd driver.. ini aku selitkan gambar housemate aku iaitu Azarudin dan isterinya Nadia..
















next week nya 13hb iaitu pada hari ahad aku ke Kuala Lipis Pahang pulak.. ini kenduri classmate aku iaitu Norfadilah atau panggilannya Pedy.alkisah 3 bijik kete nk pegi dan last minit 1 kete kansel dan 2bijik kete ni hanya aku sorang jek lelaki.. perghhh.. tp kerana si pedy ni antara kawan yg byk tolong dan kongsi ilmu semasa aku degree sebelom ni so aku gagahkan jugak ke majlis kendurinya.. perkara paling x best ialah aku xsempat bergambar kenangan dgn pengantin kerana dok sibok setel problem tayar kete sangkut kt tanah merah.. parah wooo... so ini gambar Pedy dan suaminya Syafiq.. (yg kat blkg tu tumpang menyelit..)


















balik dr pahang aku terlelap sbb penat jd driver.. sedar2 esok pagi.. hehe..


ok 19hb plak aku ke Batu Pahat Johor.. kali ni bukan sebagai driver.. ini kenduri kawan aku ejan.. otai printing senior atas 1 sem aku.. memang sorok awek mamat ni.. ni la 1st time aku tgk awek dia sampai la dh jd bini baru dia tayang.. haha.. ok nk sembang panjang lebar pon aku xlarat sbb penat.. ni esoknya ada last kenduri kt banting plak.. ok, ini gambar ejan dan isterinya ida..























kepada kawan2 yg bertukar status dr bujang kepada SUAMI orang atau ISTERI orang tu, aku doakan semoga bahagia ke akhir hayat.. Amin..

* tetiba rasa gatai nak kawen jugak.. ;p

tour..

gila bulan 6 ni aku penat tour..
tau tour apa?
tour kenduri!!! hahaha