farewell.. to Wan..

semalam adalah hari terakhir kawan baru aku (Wan = baju putih)di OUM ni bertugas di CIDT kerana dia dapat keje yg bersesuaian dgn bidang yg dipelajarinya dulu iaitu difirma guaman.. so pada malam hari nya aku dan kawan2 rapat sama2 pegi dinner dgn Wan pekena lamb chop!!!



















atas ini ialah santapan malam tu.. sedap dan lazat juga berbaloi dgn harga.. manakala bawah ni plak ialah gambar suka2..haha..



























wan (baju putih) sedang berlakon bergayut.. haha


















ini pulak gambar kami yang rapat dgn wan.. azahar beatles, megat kecik + wife, megat besar + wife + anak nya, lee, aku dan arie (sedang snap gambar)

dan kepala wan, semoga berjaya dalam segala lapangan yang diceburi.. Amin..

ribot..

25hb 3 lepas ribot + hujan + petir + guroh melanda kuala lumpor dan tempat kerja aku jugak tidak ketinggalan terkena bahang kejadian ini.. dan aku bersyukur kerana transport aku selamat dari ditimpa pokok besar yg patah dipanah kilat lalu menghempap btol2 di tempat aku parking tu.. cuma selamat kerana sebelom kejadian aku kasi opismate aku pinjam moto aku sbb bateri kete bapak dia kong, so dia pinjam moto aku habuan pi beli bateri n hantar kt bapak dia.. kalau x, almarhum la PEV6997 aku.. dan pada kejadian yg sama seorang outsider telah mengalami kecederaan apabila ditimpa sebatang pokok yg menjahanamkan moto RXZ dan juga mengakibatkan kaki nya patah.. ok setakat ini dulu..


NO!!!

ya.. sori dah lama x update..kerana ketiadaan masa.. atau dalam bahasa omputih disebot NO TIME atau pon nak sedap lagi sebut NOT ENOUGH TIME!!!
aku cuma nak bagitau aku skrg tgh gila keje sampai dateline 29hb 4 tahon ni.. lot of work!!!

NO cuti2!!! NO enjoy2!!! NO time!!!


OUM..


actually, aku baru diterima keje di Open University Malaysia Kuala Lumpur memangku jawatan sebagai desktop publisher merangkap grafik designer di CIDT (Centre of Instructional design & Technology) OUM ni..

















ini mungkin rezeki aku dimana setelah mengalami beberapa dugaan besar dalam hidop aku baru2 nih.. sehingga aku rasa nak balik utara.. tapi apa aku boleh lawan dgn takdir tuhan.. kalau Dia dah tulis, u cant erase it..

berbalik kepada tugas aku, masok minggu ke2 ni aku blom lagi melakukan keje sbg seorg desktop publisher mahupon grafik designer sebaliknya aku di letakkan di bahagian Multimedia Programmer.. terkedu jugak aku bila start buat modul2 pembelajaran menggunakan html coding.. ini dah kira aku berada di 3 jabatan iaitu DTP (Desktop Publisher), GD (Graphic Department) dan keje aku skrg MMP (Multimedia Programmer).. naseb baek jugak dulu aku suka dok ubah layout myspace..hehe.. tp terus terang aku cakap aku cuma tau dlm 25% jek html coding apa semua nih.. so skrg just think positive sekurang2nya aku tau camana nk wat web.. 

keje skrg ni memang banyak dan ini ialah peluang kepada aku nk pulon overtime sbb OT dikira base on basic (basic aku sedap jugak la.. ) kali ni aku rasa btol2 dihargai kerana diberi gaji yg sepadan memandangkan status aku skrg maseh kontrak (semua yg start di OUM bermula as a contract staff) dan yg penting overtime berbayar.. dulu 5bulan aku keje 9am to 10pm without any pay on overtime..  memandangkan keje yg byk ni dan dateline yg agak luarbiasa utk disiapkan, aku amik ini sbg peluang utk aku btol2 kumpol duet byk2.. haha.. bunyi tamak kan? tp aku rasa seronok kali ni sbb sblom ni aku keje lebih masa tp x dibayar apa pon.. kali ni keje lebih masa tp berbaloi..

cuma skrg aku agak penat pikir kompeni yg aku bikin.. xde tukang runner delivery barang2 clients.. dan pelik jugak bila regular clients aku asyik mintak quot dan nk jalan produk itu dan ini sedangkan aku xmampu nk handle skrg.. perkara ini aku pecaya kerana dalam urusan niaga, aku bukan seorang PENIPU!!! malah ada job yg aku terpaksa tolak dgn baek kerana aku x sempat..

emmm, apa lagi ya? kalau susah mau jumpa aku tu jawapnya aku keje la even sabtu or ahad coz keje aku sdg bertimbun2.. thankz to lee of Everlasting Tales kerana tolong forward resume aku kpd bos aku skrg.. one miracle thing, hari ni intebiu esok masok keje dan aku staff OUM yg rambut agak panjang ketika 1st day masok keje.. hehe.. tp skrg dh jd normal.. kerana ini universiti, keje yg memerlukan imej yg kemas.. rambut pendek + baju kemeja + seluar slek + no kasut sport!!! hehe..

seorang mat punk menamatkan zaman bujang..


siang tadi (hari sabtu 6hb 3) aku ke segamat.. pegi kenduri kawan aku masa diploma dulu.. seorang mat PUNK yg menamatkan zaman bujangnya.. SELAMAT PENGANTIN BARU ZULKARAT!!!!


















kenduri ni belah pompuan dimana 2org anak pompuan tuan umah ni di kahwinkan serentak.. kawan aku zulkifli bin ab razak (pengantin lelaki pakaian warna coklat tu) seorang mat punk tegar!!!  teringat zaman diploma dulu kalau jamming dia selalu main bass dan kami jamming lelagu carburetor dung.. 


















aku pegi dgn kawan aku hazrat (pakai spek hitam sebelahnya mak@pak andam dari golongan dua alam) dr ipoh perak.. pegi dia drive dan balik aku plak drive from segamat to shah alam..last ni plak gambar aku dgn zul dan pengapitnya..
 

















on the way balik ke shah alam aku dok sembang dgn hazrat pasal keperitan hidop si zul nih.. seorang mat punk yg dr katogeri low class.. bukan gua nak kutok tp gua bangga sebenarnya dgn dia.. kerana dia seorg yg tak pernah nak berlagak.. dia tahu kemampuan dia, camana latarbelakang kehidupan nya, family nya dan taraf hidop nya.. juga aku terfikir bila kita dah kawen nanti baru kita akan tau sapa kawan sebenar yg still ingat kat kita.. sapa yg btol2 kawan.. aku dgn zul byk berkongsi cerita dulu.. 

SELAMAT PENGANTIN BARU ZUL!!! SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT!!!

macam dah tau..

banyak masa terluang.. mungkin masa2 terakhir..aku bukan nak cakap apa.. sejak 3-4hari ni aku rasa kucing aku terlalu rapat dgn aku.. aku rasa dia macam dah tau sesuatu.. mungkin dengar bodoh bila seorang mat metal cakap pasal kucing.. tapi pernahkah anda ketahui haiwan akan dapat rasai petanda akan berlaku sesuatu.. contoh ikan2 melompat dr permukaan laut ke daratan ketika tsunami dulu.. lembu yg akan jadi korban akan menangis menanti hari2 terakhir hayatnya.. hmmm kucing aku bela ni aku xtau la camana nanti ye.. 

bawa bertenang...

stone : rilek beb, gua tau lu sekarang dalam tekanan..
men  : ya.. kadang2 gua tgk org gila idop nya lagi happy..
stone : itu org gila beb..
men : ya.. memang dah sah syurga tempat nya.. kita ni?
stone : gua faham lu beb.. maybe org lain x faham.. tapi gua faham..
men : memang lah dah kita orang yg sama..























 terima kaseh kerana membaca dialog time gua tgh biol skit skrg nih..

10 PETANDA DIA JODOH KITA

aku jumpa benda ni.. aku baca dan kasi kongsi sama sapa yg terbaca di blog aku nih..

GUNAKAN SELURUH PANCAINDERA
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

BERSAHAJA
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

SENANG BERSAMA
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

TERIMA DIA SEADANYA
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

SENTIASA JUJUR
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

PERCAYA MEMPERCAYAI
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

SENANG BEKERJASAMA
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

MEMAHAMI DIRI KITA
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

TAMPILKAN KELEMAHAN DIRI
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya. 

KATA HATI
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

MIMPI
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?